Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 23 August 2013

'Perang' awal Chelsea, MU



DIREBUT: Wayne Rooney (kanan) jadi pemain rebutan antara Manchester United dengan Chelsea. 

Bidaan ketiga Mourinho dilihat sebagai usaha jejas keutuhan pasukan United
MANCHESTER (England): Chelsea dan Manchester United dijadual bertemu Isnin ini dalam apa yang disifatkan sebagai perlawanan paling penting dalam minggu kedua selepas musim baru Liga Perdana England bermula pada hujung minggu lalu.
Namun, sebelum pertarungan bermula, kededua pasukan sudah mula 'berperang' bagi mendapatkan khidmat penyerang England, Wayne Rooney.
Memang Rooney masih menjadi pemain United dan kelab itu juga sudah memperjelas pendirian bahawa bintangnya "bukan untuk dijual", menyusuli langkah Chelsea mengemukakan dua bidaan untuk memisahkan pemain dengan kelab itu.
Namun, kedegilan pengurus Chelsea, Jose Mourinho, yang mendedahkan beliau akan membuat bidaan ketiga, seakan satu strategi untuk menjejas keutuhan United sebelum kededua pasukan bertemu di Old Trafford.
Rooney, yang membayangkan beliau mahu meninggalkan United pada akhir musim lalu, belum pasti diturunkan dalam perlawanan itu kerana masih belum cergas sepenuhnya.
Bagaimanapun, jika dipilih beraksi, setiap tingkah lakunya dalam pertarungan yang dianggap paling penting pada awal musim ini, akan dipantau.
Chelsea tentunya mahu membuktikan kepada Rooney bahawa mereka merupakan kuasa baru dalam bola sepak England menyusuli kepulangan Mourinho ke pangkuan pasukan dari Stamford Bridge itu.
Chelsea menikmati permulaan yang baik selepas mengalahkan Hull City dan Aston Villa bagi membolehkan mereka menduduki tangga teratas liga.
United tidak kurang hebat apabila mencatat kemenangan besar ke atas Swansea City di padang lawan dalam perlawanan kompetitif pertama pengurus David Moyes.
"Dalam musim pertama Mourinho di Chelsea sebelum ini, mereka menikmati permulaan yang baik dalam beberapa perlawanan pertamanya dan kami gagal mengejar mereka," kata pemain midfield veteran United, Ryan Giggs.
"Semua orang tahu bahawa kami menghadapi jadual perlawanan permulaan yang sukar tetapi kami memulakannya dengan baik dengan mencatat kemenangan di Swansea pada dinihari Ahad lalu dan kami berharap dapat mengekalkannya."
Selepas berdepan Chelsea, United dijadual menentang Liverpool dan Manchester City. Chelsea pula berpeluang membuka jurang enam mata jika mereka dapat mengalahkan United di Old Trafford kerana bermain lebih satu perlawanan.
Perebutan mahkota Liga Perdana musim ini dijangka melibatkan tiga pasukan iaitu United, selaku juara bertahan; Chelsea dan City.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts