Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Monday, 12 August 2013

Buta sebelah mata, celik sepenuh hati

UBAH KEHIDUPAN: Lupus mungkin telah meragut gaya hidup aktif Cik Fanny Mong yang dahulu pernah mewakili sekolah dalam sukan judo, tetapi beliau kini mampu membiasakan diri dengan kehidupannya dan menanam sikap positif memandang ke hadapan. Foto - JOHARI RAHMAT
SEMASA di sekolah menengah Cik Fanny Mong merupakan seorang ahli pasukan judo yang pernah memenangi pingat dalam beberapa acara antara sekolah. Beliau juga pernah memendam hasrat menjadi seorang pegawai polis apabila tamat persekolahannya.
Malangnya, penyakit lupus yang menyerangnya secara tiba-tiba dua tahun lalu meragut segalanya. Dahulu beliau tangkas bergerak dan mampu menjatuhkan lawannya dengan mudah. Kini tidak lagi.
Sebabnya, semenjak penyakit lupus menyerangnya, gadis periang berusia 18 tahun itumenjadi buta di sebelah mata kirinya sementara tubuh sebelah kirinya mengalami angin ahmar. Perubahan mendadak ini ternyata menjejas gaya hidupnya.
"Memang penyakit ini menjejas saya dengan begitu hebat sekali baik dari segi mental dan juga fizikal. Saya rasa tewas. "Cita-cita saya untuk menjadi seorang pegawai polis, tapi nampaknya ia tidak akan tercapai. Kalau dahulu saya aktif dalam pasukan judo, kini kegiatan itu tidak lagi saya lakukan," katanya.
Menceritakan kisahnya yang berlaku dua tahun lalu itu, Cik Mong berkata ia bermula dengan demam yang berlarutan selama dua minggu. Beliau mendapati mata kirinya buta dan bahagian kiri tubuhnya terasa sebal semasa di hospital. Ketika itulah doktor mengesahkan yang beliau menghidap lupus.
Menurutnya, pada masa itulah beliau berasakan tekanan pada dirinya.
"Saya telah diberi berbagai jenis ubat, termasuk steroid dalam dosaj yang tinggi. Saya tidak suka makan ubat itu kerana ia membuat berat badan saya meningkat, dan jerawat mula tumbuh di muka, dada, dan belakang tubuh. Rasanya kemurungan menjadi teman rapat saya pada ketika itu," ceritanya.
Meskipun pada awalnya beliau menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya itu, namun atas dorongan kededua orang tuanya serta rakan-rakannya, Cik Mong berjaya mengatasi segalanya. Kini berkat semangat kental yang dimilikinya, penyakitnya mula terkawal dan beliau berjaya melangkah ke politeknik.
Beliau kini penuntut tahun pertama jurusan Makanan dan Khasiat di Politeknik Nanyang (NYP). Selain itu, beliau juga menjadi seorang sukarelawan di Persatuan Lupus.
"Dahulu saya tidak tahu apakah itu lupus. Kini saya harap untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit ini menerusi penglibatan saya ini," katanya.
Bagi memastikan dirinya terus aktif, Cik Mong yang masih menjalani rawatan bermain badminton bersama rakan-rakannya, meskipun tangan kirinya agak lemah. Dengan keadaannya kini, Cik Mong mula belajar untuk menyesuaikan diri.
"Penyakit ini telah mengubah pandangan saya dalam kehidupan. Saya cuba mengatasi segala tekanan agar ia tidak menjejas penyakit saya. Kini saya lebih menumpukan perhatian kepada kehidupan pada masa ini dan apa yang saya mampu capai," katanya yang bercadang menjalani pembedahan mata protetik apabila sampai masanya kelak.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts