Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday, 18 August 2013

31 maut apabila feri karam



TERSELAMAT DARI TRAGEDI: Seorang pegawai perubatan mengendung bayi berusia tiga bulan, Trisia Mae Kumaro, yang telah diselamatkan bersama ibunya (belakang) kelmarin. - Foto AFP


Lebih 170 orang masih hilang akibat nahas feri dan kapal kargo bertembung di Cebu
CEBU (Filipina): Sekurang-kurangnya 31 maut dan lebih 170 orang masih hilang apabila sebuah feri karam di sini akibat bertembung dengan sebuah kapal kargo, malam kelmarin.
Feri Thomas Aquinas dilaporkan membawa 831 penumpang ketika berlanggar dengan kapal kargo berkenaan berdekatan Pelabuhan Cebu.
Kapal kargo yang membawa 36 krew itu bagaimanapun tidak tenggelam.
Para pengawal pantai bersama kapal tentera, serta nelayan setempat, berjaya menyelamatkan lebih 620 penumpang dari perairan di situ.
Sehingga lewat semalam, lebih 170 penumpang masih hilang.
Naib Komandan Agensi Pengawal Pantai Filipina, Laksamana Muda Luis Tuason, berkata feri itu tenggelam dalam masa 10 minit selepas perlanggaran itu.
"Kapten feri sempat mengumumkan supaya penumpang terjun dari feri dan mengedarkan jaket keselamatan tetapi ekoran betapa cepatnya feri itu karam, besar kemungkinan masih ramai penumpang yang masih terperangkap di dalam feri," kata Encik Tuason.
Salah satu kapal yang terlibat dalam perlanggaran itu dipercayai telah menggunakan laluan yang salah apabila keluar atau masuk ke pelabuhan di situ,.
Encik Arvin Manalo, abang kepada seorang penumpang yang selamat, Cik Maribel Manalo, 23 tahun, berkata adiknya berjaya terjun bersama ibu mereka ke dalam air dalam kegelapan malam, dengan memakai jaket keselamatan.
"Beliau rasa mereka seperti ditarik ke dalam laut. Adik saya kata beliau cuba menolak ibu kami ke permukaan laut tetapi mereka terpisah. Adik perempuan saya berjaya diselamatkan. Beliau tahu berenang tetapi ibu saya tidak tahu berenang," kata Encik Manalo.
Ibu mereka yang berusia 56 tahun masih belum ditemui.
Pihak berkuasa berkata 58 bayi merupakan antara penumpang feri berkenaan tetapi tidak diketahui berapa ramai yang terselamat.
Jurucakap pengawal pantai, Encik Armand Balilo, berkata para penyelam bakal dikerahkan ke feri yang tenggelam untuk mengeluarkan mayat penumpang yang terperangkap di dalam.
Seorang nelayan setempat, Encik Mario Chavez, berkata beliau antara orang pertama yang sampai ke tapak kejadian.
"Saya keluarkan 10 orang dari laut malam semalam. Keadaan begitu gelap dan saya hanya ada lampu picit kecil. Mereka tenggelam timbul dan terpekik meminta tolong," kata beliau.
"Mereka kata masih ramai lagi penumpang yang berada dalam feri apabila ia karam. Ramai penumpang lain yang sedang tidur. Saya dengar ramai penumpang lain yang pekik meminta tolong tetapi saya tidak dapat tolong mereka semua," tambahnya. - AFP, AP, Reuters.
"Beliau rasa mereka seperti ditarik ke dalam laut. Adik saya kata beliau cuba menolak ibu kami ke permukaan laut tetapi mereka terpisah. Adik perempuan saya berjaya diselamatkan. Beliau tahu berenang tetapi ibu saya tidak tahu berenang."
- Abang seorang penumpang, Encik Arvin Manalo.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts