Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 31 May 2013

Lelaki Vs Perempuan


Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

Tak sedar diri


Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..


JOM LAYAN ROCK



Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian......

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..

Thursday 30 May 2013

ARTIS BERCERITA PASAL AYAM



Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Kamunting. Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam
Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin.

Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih. Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah alah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja.Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring . Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia.

Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya . tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis. Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.
Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat (Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).
Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat KakMidah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam.(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu).

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.
http://cikyanzone.blogspot.com/
http://suffianzone.blogspot.com/
http://duniamayaabby.blogspot.com/
http://peliksaja.blogspot.com/
http://awathangni.blogspot.com/
http://abahkamu.blogspot.com/
http://opahkamu.blogspot.com/
http://alahaikau.blogspot.com/
http://apekohe.blogspot.com/
http://apacerpa.blogspot.com/
http://opocotko.blogspot.com/
http://politikhariini.blogspot.com/
http://alamakhg.blogspot.com/
http://omakaureferral.blogspot.com/
http://lagumanatu.blogspot.com/
http://hantamjela.blogspot.com/
http://manamautu.blogspot.com/
http://manapunboleh.blogspot.com/
http://ambikhang.blogspot.com/
http://petuamoden.blogspot.com/
http://resepiistemewa.blogspot.com/

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak MIdah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......). Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari mana.
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Wednesday 29 May 2013

Kambing dan ayam


Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.






Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...




JOM LAYAN

http://cikyanzone.blogspot.com/
http://suffianzone.blogspot.com/
http://duniamayaabby.blogspot.com/
http://peliksaja.blogspot.com/
http://awathangni.blogspot.com/
http://abahkamu.blogspot.com/
http://opahkamu.blogspot.com/
http://alahaikau.blogspot.com/
http://apekohe.blogspot.com/
http://apacerpa.blogspot.com/
http://opocotko.blogspot.com/
http://politikhariini.blogspot.com/
http://alamakhg.blogspot.com/
http://omakaureferral.blogspot.com/
http://lagumanatu.blogspot.com/
http://hantamjela.blogspot.com/
http://manamautu.blogspot.com/
http://manapunboleh.blogspot.com/
http://ambikhang.blogspot.com/
http://petuamoden.blogspot.com/
http://resepiistemewa.blogspot.com/


Sunday 26 May 2013

Cerita Air






Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang lupa daratan.





Cikgu Laily: Anna bangun... saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.

Anna: Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.

Cikgu Laily: Bagaimana ejaan nya?

Anna: 'HIJKLMNO'

Cikgu Laily: Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?

Anna: Bukan kah ejaan air bererti 'H to O' (H20). Betul tak cikgu?

Cikgu Laily:?????

Nasihat memilih calon isteri


Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"



2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"

Saturday 25 May 2013

Maria oh Maria


Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau Pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara Fauzi termenung.

"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.

Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Maria dan Fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan.
"Maria, abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.

"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.

"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.

Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.

"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuatkan pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.

"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.

Friday 24 May 2013

HIDUP MAKIN SIBUK APABILA BERGELAR IBU: FAEZAH ELAI

Dalam keseronokkan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan kini ibu, pelakon Faezah Elai mengakui hidupnya agak kelam kabut. Ini kerana dia masih dalam proses membiasakan diri membahagi masa antara tanggungjawab di rumah dan komitmen pada kerjaya lakonan. Lebih-lebih lagi sekarang dia perlu menumpukan perhatian lebih pada puteri sulungnya, Dealova Heyrinna yang baru berusia tiga bulan. Apatahlagi Faezah memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai pengasuh kerana pengasuh lamanya sudah berhenti.
“Alhamdulillah, bergelar ibu sangat menyeronokkan. Tapi agak kelam kabut juga lah. Sebab saya nak fokus pada anak dan juga penggambaran. Baby pun masih menyusu badan. Dan sekarang pengasuh kami pula dah berhenti. Jadi, itu yang buat saya agak kelam kabut sikit tu”, katanya berkongsi serba sedikit mengenai kehidupannya ketika ditemui baru-baru ini.
faezah_elai_anak
Pelakon berusia 30 tahun ini melahirkan anak sulungnya pada 6 Februari lalu di sebuah hospital di ibu kota. Pun begitu Faezah berkata dia masih boleh menguruskan hal rumah tangganya memandang ketika ini dia masih lagi belum menerima banyak tawaran. Mujur juga suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah rajin membantu. Begitu juga dengan tiga orang anak tirinya yang begitu menyayangi adik mereka.
“Suami, dia okay. Dia banyak membantu saya lah. Kalau anak menangis tu dia dukung. Dia tolong apa yang patut. Dia dah memang biasa jaga budak-budak. Cuma nak menyusukan anak jer dia tak boleh”, ujar pelakon Tanda Putera ni dengan nada bergurau.
Kemudian menambah, “Anak-anak pun okay. Mereka seronok dapat adik dan masing-masing memang boleh diharap untuk menjaga adik mereka. Terutama yang si kakak, asyik nak dukung jer adik dia. Sampai kadang-kadang adik dia tertidur atas bahu dia”. Ujar anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, apa cara sekalipun dia pasti akan mendapat pengasuh baru sebaik saja pulang bercuti bersama keluarganya nanti.
“Saya sekeluarga nak pergi bercuti ke Sydney, Australia pada 27hb ni. Dalam 10 hari kami di sana. Lepas balik dari sana nanti, saya mesti dapatkan pengasuh. Supaya tak lah kelam kabut sangat nanti.
“Tapi sejak ada anak ni memang saya semakin memilih watak dan menghadkan masa saya di lokasi. Saya boleh shooting sampai jam 11 malam jer. Lepas tu saya kena balik rumah”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Di Bawah Satu Langit, tidak lama lagi.


Thursday 23 May 2013

Kisah Cacing


Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan
saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil
tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya

"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

Wednesday 22 May 2013

Siapakah Lelaki Pilihan Tasha Shilla?



Memang dia sekarang sedang menjalinkan hubungan dengan Mahali Jasuli. Namun tegas Tasha Shilla, dia dan pemain bola sepak kebangsaan itu tidak bercinta sebaliknya hanya berkawan. Sebagai bukti, aktres itu berkata, buat masa ini dia masih membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang serius ingin mengenali dirinya. Gadis berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia tidak ada masa untuk bercinta sebaliknya kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.
“Hubungan kami macam biasa, macam sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri”, ujar Tasha Shilla kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui.
Menurut Tasha, tidak hanya Mahali seorang saja kenalan lelaki yang rapat dengannya kerana dia sebenarnya mempunyai ramai kenalan. Tetapi perhubungan persahabatnnya dengan pemain bola sepak itu lebih digembar-gemburkan kerana Mahali seorang yang dikenali ramai.
“Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata.
“Dia sebenarnya tak berapa selesa bila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun”, ujar pelakon Epilog Cinta Khirana ini.
Dalam pada itu Tasha tidak menafikan yang Mahali memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Malah kejujuran dan keikhlasan Mahali membuatkan dia selesa berkawan dengan jejaka itu, sejak enam bulan lalu.

Tuesday 21 May 2013

Kenapa Izara Merajuk?



Punca Ibu Izara Aishah Merajuk
Punca Ibu Izara Aishah Merajuk | Ibu Izara Aishah Merajuk?? Tertarik dengan satu tulisan Izara Aishah melalui Twitter beliau semalam yang menyertakan keratan akhbar laporan mengatakan dirinya kini sudah sombong & jual mahal dengan media.
Dalam laporan media tersebut, Izara Aishah kini dikatakan telah pandai menolak permintaan sesi fotografi lebih lebih lagi jika ia hanya diadakan di dalam studio & juga menetapkan jenama solekan.
Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini, Izara Aishah berkata beliau terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan kerja sehingga tiada masa untuk menghadiri majlis hiburan apatah lagi fotografi.
“Ramai yang cakap saya sekarang dah sombong. Saya juga akui, banyak sesi fotografi saya tolak. Saya minta maaf. Memang tak ada masa. Masa saya hanya di lokasi. Balik dah lewat malam”
“Luang masa dengan keluarga pun saya tak sempat. Saya tak sombong tapi sibuk. Saya sedih dan frust bila orang cakap saya sombong”
Dalam laporan sama, nampaknya bukan sekadar media & peminat terasa hati dengan kesibukan Izara Aishah tetapi ibunya sendiri turut merasakan yang anak gadisnya itu terlalu kuat bekerja.
“Sekarang ni, sebenarnya saya tengah tak bercakap dengan mama. Mama merajuk dengan saya. Dia kecil hati sebab saya asyik kerja, kerja. Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur. Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah”
“Sekarang ni saya tengah cari masa sesuai untuk bercuti sekejap dan luangkan masa dengan famili, mungkin nak bawa mereka pergi bercuti nanti,” jelas Izara Aishah lagi.
SUMBER

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts