Dalam
keseronokkan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan kini ibu,
pelakon Faezah Elai mengakui hidupnya agak kelam kabut. Ini kerana dia
masih dalam proses membiasakan diri membahagi masa antara tanggungjawab
di rumah dan komitmen pada kerjaya lakonan. Lebih-lebih lagi sekarang
dia perlu menumpukan perhatian lebih pada puteri sulungnya, Dealova
Heyrinna yang baru berusia tiga bulan. Apatahlagi Faezah memberitahu
buat masa ini dia tidak mempunyai pengasuh kerana pengasuh lamanya sudah
berhenti.
“Alhamdulillah, bergelar ibu sangat
menyeronokkan. Tapi agak kelam kabut juga lah. Sebab saya nak fokus pada
anak dan juga penggambaran. Baby pun masih menyusu badan. Dan sekarang
pengasuh kami pula dah berhenti. Jadi, itu yang buat saya agak kelam
kabut sikit tu”, katanya berkongsi serba sedikit mengenai kehidupannya
ketika ditemui baru-baru ini.
Pelakon berusia 30 tahun ini melahirkan
anak sulungnya pada 6 Februari lalu di sebuah hospital di ibu kota. Pun
begitu Faezah berkata dia masih boleh menguruskan hal rumah tangganya
memandang ketika ini dia masih lagi belum menerima banyak tawaran. Mujur
juga suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah rajin
membantu. Begitu juga dengan tiga orang anak tirinya yang begitu
menyayangi adik mereka.
“Suami, dia okay. Dia banyak membantu
saya lah. Kalau anak menangis tu dia dukung. Dia tolong apa yang patut.
Dia dah memang biasa jaga budak-budak. Cuma nak menyusukan anak jer dia
tak boleh”, ujar pelakon Tanda Putera ni dengan nada bergurau.
Kemudian menambah, “Anak-anak pun okay.
Mereka seronok dapat adik dan masing-masing memang boleh diharap untuk
menjaga adik mereka. Terutama yang si kakak, asyik nak dukung jer adik
dia. Sampai kadang-kadang adik dia tertidur atas bahu dia”. Ujar anak
kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, apa cara sekalipun dia pasti akan
mendapat pengasuh baru sebaik saja pulang bercuti bersama keluarganya
nanti.
“Saya sekeluarga nak pergi bercuti ke
Sydney, Australia pada 27hb ni. Dalam 10 hari kami di sana. Lepas balik
dari sana nanti, saya mesti dapatkan pengasuh. Supaya tak lah kelam
kabut sangat nanti.
“Tapi sejak ada anak ni memang saya
semakin memilih watak dan menghadkan masa saya di lokasi. Saya boleh
shooting sampai jam 11 malam jer. Lepas tu saya kena balik rumah”,
katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Di Bawah Satu Langit, tidak
lama lagi.
No comments:
Post a Comment