Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Monday 13 May 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayasia (Mapim) mewakli semua NGO Islam mendoakan agar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayasia (Mapim) mewakli semua NGO Islam yang bergabung di bawahnya mendoakan agar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) sembuh dari pembedahan yang telah dilaluinya kelmarin.
“Kami merakamkan doa untuk beliau dan keluarga beliau agar tabah melalui ujian ini.

“Kami juga turut merasa simpati di atas ujian yang berat ini setelah beliau telah berjaya memimpin Kedah selama 5 tahun sebagai Menteri Besar dengan cemerlang,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, sumbangan Ustaz Azizan ketika menerajui negeri Kedah tidak akan dapat dilupakan terutama dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri itu.

“Beliau telah berkorban sebagai pemimpin negeri yang boleh dicontohi kerana gaya hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan diri dan sentiasa memastikan rakyat terbanyak merasai nikmat dari pemerintahan yang diterajuinya.

“Dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau sering mengutamakan tanggungjawabnya untuk memastikan kerajaan negeri berfungsi dengan licin.
“Kami bersama seluruh rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya mendoakan agar Allah SWT menyembuhkan penyakitnya dan memberi kekuatan kepada beliau dan keluarganya bersama rakyat melihat Islam berdaulat seperti yang diperjuangkan oleh beliau selama ini,” ujar Mohd Azmi lagi.

 

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts