Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 25 May 2013

Maria oh Maria


Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau Pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara Fauzi termenung.

"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.

Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Maria dan Fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan.
"Maria, abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.

"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.

"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.

Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.

"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuatkan pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.

"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts