Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday, 5 May 2013

Makhluk Asing: Pertembungan Dua Dunia, Adakah Benar Berlaku

Pandangan, Tafsiran Dari Kajian Saintis dan Pengkaji Barat

Satu persoalan yang menarik untuk diteliti, boleh diperbincangkan dan diperdebatkan. Ini kerana apabila satu soalan itu diutarakan dan cuba untuk di jawab,akan timbul lain-lain persoalan dalam minda kita. Tak percaya teruskan pembacaan artikel ini. Persoalan-persoalan yang muncul kadang kala memyebabkan perbincangan hilang fokus . Inilah yang berlaku dalam setiap artikel yang ditulis. Oleh itu artikel ini hanya cuba menjawab persoalan yang diutarakan dalam artiklel ini sahaja. Lain-lain persoalan akan cuba dihuraikan didalam perbincangan artikel yang lain.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 Allah berfirman

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Hari demi hari semakin banyak dalil-dalil aqli (hukum akal) yang muncul dari segenap penjuru dunia, namun masih lagi tiada saintis, pengkaji dan penyelidik yang cuba memperolehi jawapan dari sudut pandangan islam. Kadang kala kekhuatiran muncul disebabkan sesetengah kajian dan penemuan mereka diselang selikan dengan pandangan agama mereka sendir sehingga boleh menjejaskan akidah dan pegangan orang islam. Oleh itu timbul minat yang mendalam untuk cuba-cuba mencari jawapannya dari sudut pandangan dan ilmu islam.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts