Memang dia sekarang sedang menjalinkan hubungan dengan Mahali Jasuli. Namun tegas Tasha Shilla,
dia dan pemain bola sepak kebangsaan itu tidak bercinta sebaliknya
hanya berkawan. Sebagai bukti, aktres itu berkata, buat masa ini dia
masih membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang serius ingin
mengenali dirinya. Gadis berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia tidak ada masa untuk bercinta sebaliknya kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.
“Hubungan kami macam biasa, macam
sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.
Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan
syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan
tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak
bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri”, ujar Tasha
Shilla kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui.
Menurut Tasha, tidak hanya Mahali
seorang saja kenalan lelaki yang rapat dengannya kerana dia sebenarnya
mempunyai ramai kenalan. Tetapi perhubungan persahabatnnya dengan pemain
bola sepak itu lebih digembar-gemburkan kerana Mahali seorang yang
dikenali ramai.
“Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja
kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai
orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata.
“Dia sebenarnya tak berapa selesa bila
cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit
sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia
tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula
dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun”,
ujar pelakon Epilog Cinta Khirana ini.
Dalam pada itu Tasha tidak menafikan
yang Mahali memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Malah kejujuran dan
keikhlasan Mahali membuatkan dia selesa berkawan dengan jejaka itu,
sejak enam bulan lalu.
No comments:
Post a Comment