Menurut sumber, tindakan tersebut telah me nyebabkan berlakunya pertengkaran kecil sebelum ke dua-dua mangsa dikejar oleh tiga ahli kumpulan samseng itu sejauh kira-kira 600 meter sebelum ditembak di bahagian perut.
Polis telah menjumpai sebilah parang dan kasut sukan berhampiran dengan lokasi mangsa ditembak. Polis masih menyiasat sama ada barangan itu milik suspek.
Motif kejadian masih dalam siasatan polis..
Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Mereka yang terlibatdisiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Ke seksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.
No comments:
Post a Comment