Menara Eiffel (bahasa Perancis: La Tour Eiffel, atau nama samarannya La dame defer, wanita besi) dibina pada tahun 1889 sebagai gerbang pintu masuk ke Pesta Dunia 1889. Ia kini menjadi ikon sejagat budaya Perancis dan salah satu struktur yang paling dikenali di dunia. Menara ini adalah bangunan tertinggi di Paris dan monumen berbayar yang paling dikujungi di dunia. Jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara menaiki menara itu setiap tahun.
Struktur ini dinamakan atas nama juruteranya Gustave Eiffel.
Menara ini berdiri setinggi 320 meter, sama tinggi dengan sebuah bangunan 81 tingkat. Semasa pembinaan, Menara Eiffel mengatasi Monumen Washington untuk merebut gelaran struktur tertinggi buatan manusia di dunia. Gelaran itu dipegang Menara Eiffel selama 41 tahun. Ia bertukar tangan apabila Bangunan Chrysler di New York City dibina pada tahun 1930.
Namun, pada tahun 1957, sebuah antena telah dipasang di puncak Menara Eiffel menjadikannya kini lebih tinggi daripada Bangunan Chrysler. Tidak mengambil kira ketinggian antena siaran, menara Eiffel merupakan struktur yang kedua tertinggi di Perancis,selepas Millau Viaduct.
Menara ini mempunyai tiga peringkat untuk pelawat. Tiket boleh dibeli untuk naik, melalui tangga atau lif, ke peringkat pertama dan kedua. Berjalan kaki dari paras tanah ke tahap yang pertama adalah lebih daripada 300 langkah, seperti berjalan kaki dari peringkat pertama ke peringkat kedua. Peringkat ketiga dan tertinggi hanya boleh dilalui menggunakan lif. Kedua-dua peringkat pertama dan kedua mempunyai restoran. Memandangkan Menara Eiffel tarikan popular di kalangan penduduk and pelancung, anda mungkin perlu beratur, adakala hampir sejam, sebelum dapat menikmati keindahan pemandangan dari menara itu.
No comments:
Post a Comment