Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 10 August 2013

9 maut dalam serangan pada Hari Raya di Pakistan

MELAWAT JENAZAH: Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan, Encik Iftikhar Mohammad Chaudhry (berkopiah merah), melihat sepintas jenazah pegawai polis yang maut dalam satu serangan bom nekad di Quetta, kelmarin. 

QUETTA: Sekumpulan lelaki bersenjata di Pakistan melancarkan tembakan ke arah kenderaan seorang ahli politik yang sedang dipandu di tengah-tengah masyarakat Islam yang pulang dari masjid sempena menyambut perayaan Aidilfitri di Quetta, sebuah bandar di barat Pakistan, semalam, menyebabkan sembilan orang terbunuh dan 27 lagi cedera, menurut polis.
Quetta adalah ibu kota wilayah timur Baluchistan, tempat beberapa kumpulan militan bergerak aktif, termasuk Taleban Pakistan yang mendakwa bertanggungjawab ke atas satu serangan bom nekad yang membunuh lebih 30 orang semasa upacara pengebumian seorang anggota polis, kelmarin.
Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak melawat Pakistan dan mengarahkan semua kakitangan "tidak diperlukan" meninggalkan pejabat konsulatnya di bandar Lahore, di timur laut negara itu, disebabkan ancaman serangan pengganas.
Pegawai polis, Encik Bashir Brohi, semalam berkata kejadian tembakan itu kelihatan seperti disasarkan ke arah mantan menteri wilayah, Encik Ali Mohammad Jattack, ketika kenderaannya dipandu keluar dari kawasan masjid.
Bagaimanapun, motif dan siapa penyerangnya masih belum jelas.
"Majoriti daripada mereka yang cedera baru keluar dari masjid," kata Encik Brohi.
"Ia satu serangan terhadap mantan menteri... ia bukan satu serangan ke atas masjid," tambahnya.
Serangan tersebut adalah insiden terbaru keganasan kumpulan militan yang semakin meningkat sejak Perdana Menteri Nawaz Sharif mengambil alih jawatan barunya itu dua bulan lalu, dengan diselang-seli beberapa serangan berprofil tinggi sejak dua minggu lalu.
Pemerintah Encik Sharif belum lagi membentangkan strategi keselamatannya, walaupun beliau pernah berjanji akan mengadakan rundingan dengan kumpulan militan itu semasa berkempen.
Kawalan keselamatan di Islamabad, ibu kota Pakistan, telah diketatkan sempena perayaan Aidilfitri.
Kelmarin, seorang pengebom nekad sengaja menjadikan upacara pengebumian seorang pegawai polis Pakistan di Quetta sebagai sasarannya dan membunuh sehingga 38 orang dan mencederakan berpuluh yang lain, sebahagian besarnya pegawai polis.
Kumpulan Taleban mendakwa melakukan serangan di wilayah barat daya yang sedang bergolak itu.
Para pegawai sedang berkumpul untuk menghormati salah seorang teman sekerjanya yang ditembak mati beberapa jam sebelum kejadian itu, tetapi upacara tersebut kemudiannya menjadi tempat pertumpahan darah, sehari sebelum Aidilfitri.
Mereka yang terbunuh termasuk Encik Fayaz Sumbal, salah seorang daripada pegawai paling kanan di Quetta.
"Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera," kata seorang pegawai kanan polis, Encik Mohammad Tariq, kepada agensi berita AFP.
"Kebanyakan yang maut dan cedera adalah anggota polis," tambahnya.
Seorang lagi pegawai polis mengesahkan perangkaan kematian itu walaupun dua lagi pegawai tinggi polis berkata sekurang-kurangnya 30 orang maut

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts