Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 17 August 2013

Volkswagen Beetle (Abad ke 21); IKON AUTOMOBIL ERA 1960AN KEMBALI DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH

Volkswagen Beetle (Abad ke 21)

IKON AUTOMOBIL ERA 1960AN KEMBALI DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH

Ikon automobil dekad 1960an kini kembali dengan teknologi terkini, kuasa enjin bertenaga dan penggunaan minyak yang bijak. Biar demikian Volkwagen Beetle terkini masih mengekalkan ciri-ciri ikonik yang membuatnya kenderaan amat popular pada tahun 1960an.
Beetle baru ini dilengkapi dengan enjin 1.2 TSI dengan kuasa tork 175nm. Ia boleh mencapai kelajuan 0 - 100 km/sejam dalam masa 10.9 saat dengan penggunaan petrol sebanyak 10.3 km bagi setiap 100km. Seperti Beetle klasik yang diperkenalkan pada tahun 1960an, model bagi abad ke 21 ini masih mempunyai reka bentuk retrospektif. Contohnya, roda steering yang tipis dan hiasan papan dash yang retro.
Biar demikian Volkwagen boleh berbangga dengan kelengkapan teknologi canggih pada Beetle baru ini. Misalnya, alat stereonya sungguh mempersonakan. Dalam hal ini, syarikat muzik lagenda Fender telah menawarkan kepakarannya dalam menyediakan alat stereo bagi kereta Beetle baru. Bagi anda yang mungkin tidak kenal pada jenama Fender, ia salah satu pengeluar alat muzik dan alat amplifier terkemuka di dunia. Bintang-bintang rok seperti mendiang  Jimi Hendrix dan Erik Clapton sering dilihat membuat persembahan dengan gitar Fender.
Beetle juga lengkap dengan peralatan berbilang media seperti skrin sentuh 6.5 inci untuk mengawal sistem radio, muzik dan navigasi. Ia turut mempunyai kemudahan hubungan pada alat digital seperti iPhone dan iPod.
Tidak kurang juga kelengkapan keselamatan dan keamanan seperti beg angin untuk pemandu dan penumpang, alat pencegah kecurian dan alat brek hidraulik.
VOLKSWAGE BEETLEHarga: $137,300 termasuk COE
Enjin: 1,197 cc 4-silinder TSI
Transmisi: Automatik 7 kelajuan
Torque: 175Nm
0-100kmh: 10.9 saat
Kelajuan Maksimum: 180km sejam
Penggunaan petrol: 10.3 litre/100km

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts