Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 31 August 2013

Bandar kesihatan gah

BANDAR KESIHATAN NOVENA: Apabila siap sepenuhnya pada 2030 kelak, bandar kesihatan seluas 17 hektar ini akan menghubungkan sepuluh bangunan, termasuk Hospital Tan Tock Seng, sekolah perubatan dan institusi penjagaan kesihatan lain di sekitarnya. - Foto HOSPITAL TAN TOCK SENG

PENDUDUK di tengah Singapura akan menikmati kemudahan satu hab penjagaan kesihatan di Novena yang akan menampung 25 peratus lebih banyak katil pesakit menjelang 2030. Bandar Kesihatan Novena itu akan menghubungkan 10 bangunan termasuk Hospital Tan Tock Seng (TTSH), hospital masyarakat, sekolah perubatan dan institusi penjagaan kesihatan lain di kawasan itu.
Apabila siap kelak, bandar itu akan meningkatkan ruang bangunan daripada 250,000 meter persegi kepada 600,000 meter persegi, yang dibina atas tanah seluas 17 hektar atau seluas hampir 16 padang bola sepak.
Katil pesakit bagi penjagaan akut akan bertambah 12 peratus, manakala katil pesakit bagi penjagaan perantaraan (intermediate step-down care) akan naik 60 peratus.
Berucap semasa melancarkan pelan induk Bandar Kesihatan itu semalam, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata bandar itu bertujuan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan penduduk Singapura yang sedang menua.
"Bahagian tengah Singapura menua lebih pantas daripada bahagian lain, kerana warga berumur 65 ke atas membentuk 15 peratus daripada penduduk di situ, berbanding 10 peratus di peringkat nasional," kata Encik Gan.
Beliau menyifatkan Bandar Kesihatan Novena sebagai satu "komponen penting dalam strategi Kementerian Kesihatan (MOH) membina keupayaan bagi membangun kecemerlangan perubatan dan menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih dekat dan bermutu kepada warga Singapura".
Bandar Kesihatan Novena akan dibangunkan bersama oleh MOH, National Healthcare Group (NHG) dan TTSH.
"Bandar kesihatan ini berwawasan mewujudkan satu masyarakat yang menyepadukan penjagaan kesihatan, pendidikan perubatan dan penyelidikan dalam satu sekitaran yang rancak dan mampan.
"Ia bertujuan membentuk masa depan penjagaan kesihatan di Singapura, menyediakan Sistem Kesihatan Daerah (RHS) bagi tengah Singapura, serta memperkasa kehidupan sihat dan aktif," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NHG, Profesor Chee Yam Cheng.
Bandar itu akan mempunyai lima kemudahan penjagaan kesihatan baru termasuk Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit, Hab Penjagaan Perantaraan Bersepadu (Integrated Intermediate Care Hub), bangunan lebih luas bagi Pusat Kulit Nasional, Pusat Ambulans lebih luas, dan sebuah pusat nasional baru.
Beberapa pusat akan dihubungkan untuk memastikan pesakit beralih tempat dengan mudah, contohnya daripada TTSH kepada hospital masyarakat.
Bandar Kesihatan Novena itu juga akan menempatkan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian yang baru serta satu Sekolah Sains Kesihatan yang sedang dirancang.
Selain itu, semua bangunan di Bandar Kesihatan juga akan dihubungkan menerusi laluan pejalan kaki, jambatan, jalan raya dan tempat meletak kereta bawah tanah.
Bandar itu juga akan dihubungkan dan disepadukan dengan pembangunan di sekitar Novena, termasuk pusat membeli-belah dan hab pengangkutan.
Ia juga akan mempunyai taman dan kehijauan yang dibuka kepada orang awam dan penduduk Novena.
Sekarang ini, sekitar 15,000 melalui TTSH setiap hari.
Apabila Bandar Kesihatan siap kelak, ia dijangka dilalui sekitar lebih 30,000 orang setiap hari.
Ia akan dibangunkan secara berperingkat dalam dua fasa - menjelang 2018 hingga 2020 serta menjelang 2030.
Orang awam diundang membeli maklum balas dan saranan mereka bagi pembangunan bandar tersebut.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts