DEREK MEDINA: Dakwa isterinya menumbuk dan menderanya.
Lelaki ditahan tanpa ikat jamin di AS
MIAMI:
Mahkamah telah memerintahkan seorang lelaki Florida yang mengaku
menembak mati isterinya dan kemudian memuat naik gambar mayat isterinya
yang bergelumang darah di Facebook telah ditahan tanpa ikat jamin
kelmarin.
Lelaki itu, Derek Medina, 31 tahun, dihadapkan ke mahkamah bagi perbicaraan menetapkan ikat jamin setelah dia diberkas atas dakwaan membunuh.
Dia ditahan tanpa ikat jamin sehingga dikenakan tuduhan rasmi dalam masa 21 hari.
Medina, yang digari dan memakai uniform penjara berwarna hijau, menghadiri perbicaraan di hadapan Hakim, Cik Maria Elena Verde, melalui sambungan video sehari setelah kematian isterinya, Cik Jennifer Alfonso.
Medina mendapat perhatian ramai Khamis lalu apabila menulis dalam Facebook-nya bahawa dia baru sahaja menembak dan membunuh Cik Alfonso, 26 tahun, kerana isterinya menumbuk dan menderanya secara fizikal.
Gambar mayat Cik Alfonso yang bergelimpangan di lantai turut dimuat naik.
Medina mengirimkan pesanan kepada rakan-rakan Facebook-nya:
"Saya akan ke penjara atau (jalani) hukuman mati kerana membunuh isteri saya. Sayang anda semua. Rindu anda semua... isteri saya menumbuk saya, dan saya tidak sanggup menerima deraan lagi jadi saya lakukan apa yang saya lakukan. Saya harap anda fahami saya."
Penulis dalam talian mengenai topik-topik seperti kaunseling perkahwinan, Medina bertugas sebagai penyelia meja depan syif malam sebuah kondominium mewah kawasan Miami.
Affidavit tangkapan Medina menyatakan dia mengaku menembak mendiang Cik Alfonso beberapa kali setelah pertengkaran mereka bertukar ganas dengan Cik Alfonso dikatakan menendang dan menumbuk Medina.
Menurut afidavit itu lagi, setelah Medina mengetahui isterinya tidak lagi bernyawa, dia menukar pakaian dan pergi menemui ibu bapanya sebelum menyerah diri kepada polis. - Reuters.

No comments:
Post a Comment