Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Wednesday 14 August 2013

Singapura : 4.1 kg Ice bernilai $630,000 dirampas

PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) telah merampas 4.1 kilogram dadah Ice bernilai $630,000 di Lapangan Terbang Changi, kelmarin.
Pegawai ICA telah menahan seorang wanita warga Vietnam berusia 47 tahun apabila dia tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada sekitar 8.45 pagi, menurut satu kenyataan bersama ICA dan CNB, semalam.
Setelah diperiksa, pegawai menemui dadah dalam bentuk dua kepingan yang dibalut dengan kerajang aluminium.
Kepingan itu didapati mengandungi 4.1 kilogram bahan dadah Ice yang dianggarkan bernilai $630,000.
CNB sedang menyiasat wanita Vietnam itu bagi kesalahan mengimport dadah.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman mati.
Siasatan awal menunjukkan bahawa wanita itu mungkin bertujuan mengeksport kembali dadah itu, bukan bagi pasaran Singapura.
ICA berkata sempadan negara ini merupakan barisan pertahanan yang pertama.
"ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan bagi mencegah percubaan menyeludup orang, dadah, senjata, bahan letupan dan bahan terlarang yang lain.
"Kaedah sama menyeludup barangan terlarang boleh digunakan pengganas untuk menyeludup senjata dan bahan letupan bagi melakukan serangan ke atas Singapura," menurut kenyataan itu.
Agensi Home Team juga akan bekerja keras membanteras kegiatan dadah terlarang di pusat pemeriksaan, menurut kenyataan itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts