Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 17 August 2013

Destinasi Eropah: Pakej mesra Muslim


Makanan halal merupakan keprihatinan ramai pelancong Islam terutama ke negara atau kota yang tidak mempunyai ramai penganut Islam. Bagi mereka yang alah bisa tegal biasa, mi segera dan beraneka makanan halal dalam tin – ikan tuna, rendang ayam atau kari daging – dijadikan diet sepanjang lawatan. Namun, mereka yang lebih ‘cerewet’ dan tidak mahu memberatkan beg tiada pilihan lain kecuali membuat persiapan awal mengenal pasti restoran makanan halal di negara yang dikunjungi menerusi laman sesawang terlebih dahulu.
Sedar akan kepentingan makanan halal ini, banyak agensi pelancongan kini menawarkan pakej-pakej halal atau mesra Muslim. Ada juga mengambil langkah menjaga keperluan solat. Meskipun begitu, ada kalanya makanan halal 100 peratus payah didapatkan di sesetengah negara dan agensi-agensi tersebut akan menggantikannya dengan makanan laut dan menjamin makanan itu tidak dicampur bahan-bahan yang tidak diizinkan seperti daging tidak halal atau alkohol.
Wartawan Berita Harian Shamsul Jangarodin berpeluang ke Eropah atas tajaan agensi pelancongan antarabangsa Trafalgar yang menawarkan pakej halal.

Pakej Halal Trafalgar 2013
1. Pakej Cost Saver
10 Hari Imperial Europe (24 Mei - 2 Jun 2013)
Munich - Regensburg - Prague - Bratislava - Budapest - Györ - Vienna - Wachau Valley - Salzburg - Munich
http://www.trafalgar. com/gsa/imperial-europe-2013
2. Pakej First Class
8 Hari European Highlights
(27 Mei - 2 Jun 2013) Amsterdam - Boppard (Rhine Cruise) - Heidelberg - Rhineland - Schaffhausen - Lucerne - Paris
http://www.trafalgar.com/gsa/european-highlights-2013|
3. Pakej First Class
9 Hari Spanish Wonder (14 Dis - 22 Dis 2013)
Madrid - Toledo - Cordoba - Seville - Granada - Guadix - Valencia - Peñiscola - Barcelona
http://www.trafalgar. com/gsa/spanish-wonder- 2013
Pakej-pakej ini menawarkan makanan halal dan mesra Muslim. Jadual di dalam laman web yang dipautkan mungkin akan diubah
bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts