Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 31 August 2013

Wayne Rooney Ke Chelsea atau tidak?

MAHU kekal di Manchester United atau sedia berpindah ke Chelsea?
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, mahu Wayne Rooney menjelaskan pendiriannya dalam masa 48 jam bagi menamatkan saga mengenai pemindahannya.
Ini menyusuli persembahan Rooney yang bermain bermati-matian ketika mewakili United menentang Chelsea semalam.
Pertembungan dua kelab gergasi dalam Liga Perdana Barclay itu berkesudahan seri 0-0.
Chelsea telah dua kali gagal mendapatkan penyerang England itu dan tidak menolak kemungkinan mencuba mendapatkan Rooney buat kali ketiga selepas mantan pengurus United, Alex Ferguson, berkata Mei lalu bahawa Rooney mahu meninggalkan Old Trafford.
Rooney diturunkan sepenuh masa oleh pengurus baru United, David Moyes.
Menurut Moyes, persembahan Rooney di padang sudah cukup membayangkan pendiriannya.
Namun Mourinho berkata dalam sidang akhbar bahawa "orang yang memulakan cerita ini mesti menamatkan ceritanya".
"Kelab seperti kami, pengurus seperti saya dan orang-orang yang bekerja di kelab bersama saya, bukan dungu untuk cuba mendapatkan pemain daripada sebuah kelab besar, kelab yang tidak mahu menjual pemain yang mereka tidak mahu jual, dan kami bukan dungu cuba melakukan sesuatu jika ia tidak dimulakan oleh seseorang," kata Mourinho.
Ketika ditanya sama ada beliau mahu Rooney menjelaskan pendirian sama ada mahu kekal atau berpindah, Mourinho berkata "Ya" dan mahu Rooney berbuat demikian dalam masa "24, atau 48 jam".
Jika Chelsea gagal mendapatkan Rooney, Mourinho berkata pihaknya akan mendapatkan pemain lain.
Dalam perlawanan semalam, Rooney mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol, termasuk satu percubaan akrobatik sebelum wisel penamat.
Persembahan itu membuktikan komitmen Rooney, kata Moyes yang dihujani pelbagai soalan mengenai masa depan Rooney di United.
"Beliau terdesak mahu menjaringkan gol. Anda lihat beliau hampir menjaringkan gol dalam masa kecederaan. Persembahannya membayangkan pendiriannya," kata beliau lagi.
Mengulas persembahan Rooney, Mourinho berkata: "Saya fikir beliau bermain dengan sangat baik, beliau benar-benar seorang profesional. Beliau bermain untuk kelab yang membayar gajinya, cuba menang. Beliau hebat.
"Jika beliau mahu meninggalkan kelab, beliau harus menyatakannya. Atau jika beliau tidak lagi mahu berbuat demikian, itu masalah beliau.
"Saya memujinya kerana beliau hebat. Beliau membuat persembahan hebat dalam kedudukan sukar, jadi saya memujinya."
Moyes, yang menyertakan Rooney dalam kesebelasan pertama, berpuas hati dengan persembahannya.
"Saya senang dengan persembahannya dan saya senang dengan reaksi penyokong," kata Moyes yang berulang kali menekankan bahawa Rooney tidak akan dijual setiap kali ditanya.
Jendela pemindahan pemain akan ditutup pada 2 September.
Sama ada Rooney mendedahkan pendiriannya atau tidak, persoalan mengenai pemindahannya akan terjawab menjelang tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts