Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 9 August 2013

APAKAH HUKUMNYE SUAMI MENGHINA KETURUNAN ISTERI

Hukum menghina adalah berdosa. Seorang suami yang menghina isteri dan keturunannya adalah berdosa dan wajib bertaubat.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat, ayat 11;

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Menghina keturunan pasangan tidak menyebabkan jatuh talak. Ini kerana talaq berlaku sama ada apabila seorang suami mengucapkan perkataan cerai atau talak kepada isteri, atau juga apa-apa ucapan secara tidak langsung yang membawa makna cerai/talaq. Jika suami melafazkan perkataan cerai/ talak ke atas isterinya, maka jatuh talak walaupun tanpa niat. Sebaliknya jika suami menggunakan lafaz yang secara tidak langsung membawa makna cerai/talak, maka talak hanya jatuh jika ia berniat ketika melafazkannya.

Adalah elok jika puan segera mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan/Pejabat agama yang berdekatan dengan tempat tinggal bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts