Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk empat anggota polis terbunuh, sementara tujuh lagi cedera dalam serangan nekad yang dilakukan oleh militan yang berpakaian seragam polis itu lewat malam kelmarin.
"Sejumlah 243 banduan meloloskan diri, (tetapi) enam daripada mereka kemudian ditangkap," kata seorang pegawai pemerintah kanan, Encik Mushtaq Jadoon, kepada sebuah saluran televisyen swasta ARY News, sambil menambah bahawa "30 daripada banduan yang melarikan diri itu adalah anggota kumpulan militan tegar".
Serangan itu disasarkan terhadap Penjara Pusat di Dera Ismail Khan, sebuah bandat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, dekat wilayah sedang bergolak yang bersempadankan Afghanistan di mana para militan Taleban dan mereka yang dikaitkan dengan Al-Qaeda bergerak aktif.
Seorang pegawai keselamatan berkata penjara itu boleh memuatkan sehingga 5,000 banduan termasuk kira-kira 300 militan yang terbabit dalam serangan ke atas pasukan keselamatan dan pembunuhan sektarian.
Encik Jadoon berkata penyerang itu telah menanam berdozen-dozen alat letupan dekat penjara tersebut dan 14 daripadanya telah dimatikan sejauh ini.
"Polis dan agensi penguatkuasa undang-undang lain sedang sibuk membersihkan penjara itu," kata beliau, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah menguatkuasakan perintah berkurung di bandar berkenaan dan meminta para penduduknya supaya berada dalam rumah.
No comments:
Post a Comment