Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 18 July 2013

Konflik di Iraq dan Syria saling berkait

NEW YORK: Keganasan yang semakin meningkat di Iraq tidak lagi boleh diasingkan daripada perang saudara di negara jirannya, Syria.
Ini kerana "medan pertempurannya semakin menyatu", kata utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Iraq memberi amaran, kelmarin.
Encik Martin Kobler memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa kumpulan-kumpulan bersenjata Iraq semakin aktif di Syria.
Akibatnya, kata beliau, konflik Syria bukan lagi tempias ke Iraq, malah, rakyat Iraq juga dilaporkan terlibat dalam pertempuran bersenjata antara satu dengan lain dalam Syria.
"Negara-negara ini saling berkaitan," tegas Encik Kobler.
"Iraq adalah garis sesar antara puak Syiah dengan dunia Sunni dan apa sahaja yang berlaku dalam Syria, sememangnya, membawa akibat pada landskap politik di Iraq," jelasnya.
Encik Kobler berkata tempoh empat bulan lalu adalah antara yang paling berdarah di Iraq sejak lima tahun lalu, dengan hampir 3,000 orang terbunuh dan lebih 7,000 cedera.
Beliau berkata para pelakunya mengambil kesempatan kebuntuan politik di negara itu dan konflik di Syria, yang bermula pada Mac 2011 dan membunuh lebih 93,000 orang.
Encik Kobler tidak memberikan sebarang perangkaan mengenai rakyat Iraq yang terbunuh dalam pertempuran di Syria tetapi memberi amaran bahawa keganasan di kedua-dua negara "boleh dengan mudah merebak di luar kawalan jika tidak ditangani segera".
Apa yang kritikal, katanya, ialah untuk menangani akar umbi konflik di Iraq dan mencari satu penyelesaian politik terhadap perang saudara di Syria.
Sehingga 7 Julai lalu, lebih 160,000 pelarian Syria telah berdaftar di Iraq, sebahagian besarnya di wilayah Kurdistan, di bahagian utara Iraq, tambahnya.
Beliau selanjutnya merayu kepada pemerintah Iraq untuk membuka semula sempadan kepada rakyat Syria yang mencari perlindungan.
Encik Kobler berkata ada dua "penggerak" utama di sebalik meningkatnya keganasan di Iraq - satu tanggapan "peminggiran" oleh puak Sunni di wilayah itu dan rakyat Iraq yang cuba masuk ke Syria untuk bertempur, "yang turut mempengaruhi politik Iraq".
Bulan lalu, Menteri Luar Iraq, Encik Hoshyar Zebari, memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) bahawa sempadan Iraq-Syria menghadapi "masalah" walaupun sebelum berlakunya konflik di Syria, dan pihak Amerika Syarikat telah menggali parit untuk meningkatkan keselamatan sempadan.
Encik Kobler, yang berucap di Majlis Keselamatan PBB buat kali terakhir sebelum memegang jawatan barunya sebagai wakil khas PBB ke Congo, menekankan peri pentingnya mandat misi PBB untuk menggalak penyatuan nasional di Iraq, di mana puak Syiah menguasai puak Sunni, Kurdi dan puak minoriti lain.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts