Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Wednesday 24 July 2013

Mourinho: Lupakan saja Ronaldo, Man U


CRISTIANO RONALDO: Tidak dijangka meninggalkan Real Madrid untuk ke Manchester United, kata Jose Mourinho, bekas pengurus Madrid, yang kini menjadi pengurus Chelsea. - Foto AFP


KUALA LUMPUR: Jose Mourinho percaya sebarang angan-angan Manchester United untuk memujuk penyerang Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford musim depan akan tinggal angan-angan sahaja.
Pengurus baru Chelsea itu yakin bahawa rakan senegaranya dari Portugal itu akan kekal di Real Madrid untuk satu tempoh yang lama.
Ronaldo, yang meninggalkan United dengan bayaran £80 juta ($155 juta) dan telah menjaringkan 146 gol dalam 135 perlawanan La Liga, masih mempunyai dua tahun lagi dalam kontraknya di Bernabeu.
Dan memandangkan masih belum ada sebarang perjanjian baru untuk mengesahkan masa depannya di Sepanyol, perkara ini telah mencetuskan sedikit keresahan bagi pihak Real Madrid dengan beliau juga menyatakan secara umum bahawa dirinya rindukan Liga Perdana England.
Kenyataan beliau dianggap sebagai sudah cukup untuk menggalak United menguji ketahanah Real untuk mengekalkannya.
Namun pihak pengurusan beliau di Sepanyol tidak melihat pemain tersebut - yang menjaringkan dua gol semasa Real membenam Bournemouth 6-0 dalam satu perlawanan persahabatan pramusim Ahad lalu - meninggalkan kelabnya sekarang.
"Apa yang saya tahu ialah Real sebuah kelab yang kaya sekali dan mereka tidak perlu menjualnya, dan ia sungguh kaya hingga saya fikir mereka dapat menolak sebarang tawaran yang dibuat oleh sesebuah kelab ke atas Ronaldo," ujar Mourinho.
"Saya tahu Ronaldo sukakan Manchester United dan saya tahu beliau sukakan Liga Perdana, tetapi saya fikir beliau akan kekal di sana.
"Ini hanya satu perasaan saya sahaja, saya tidak berhubungan dengan pemain itu, tidak ada, cuma satu perasaan."
Dalam pada itu, United bukanlah satu-satunya kelab yang berminat terhadap pemain berusia 28 tahun tersebut.
Paris Saint-German (PSG) - sebuah lagi kelab yang kaya-raya - juga telah melahirkan minat mereka untuk mendapatan Ronaldo.
Namun, pengurus baru Real, Carlo Ancelotti, percaya bahawa ayam tambatan kelabnya akan menandatangani kontrak baru.
"Semua orang tahu bahawa beliau seorang superstar dan pemain yang hebat," kata Ancelotti di Madrid sebelum pasukan itu berlepas ke Bournemouth.
"Yang paling penting bagi kelab adalah seorang pemain hebat seperti beliau menunjukkan sikap profesionalisme yang tertinggi.
"Itu sesuatu yang baik, terutama bagi para pemain muda yang dapat melihat seorang pemain bertaraf dunia memiliki sikap sedemikian.
"Saya tidak bertanggungjawab terhadap pembaharuan kontraknya, tetapi ia bukan satu masalah," jelas Carlo Ancelotti. - The Sun.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts