Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 18 July 2013

21 murid di India mati makan juadah percuma di sekolah

 

 PATNA (India): Sekurang-kurangnya 21 kanak-kanak maut dan berpuluh lagi jatuh sakit selepas makan makanan percuma di sekolah rendah di timur India, kelmarin.

Pegawai rasmi negeri Bihar, Encik Abhijit Sinha, berkata 27 kanak-kanak dan tukang masak sekolah dimasukkan ke hospital di Patna.
Sepuluh daripada mereka berada dalam keadaan serius.
Kanak-kanak yang terbabit berumur antara lapan dengan 11 tahun.
Kesemua mereka jatuh sakit selepas makan makanan yang dimasak di dapur sebuah sekolah di Masrakh, sebuah perkampungan kira-kira 80 kilometer di utara Patna.
Pihak sekolah telah mengarahkan hidangan nasi dengan kuah dal itu dihentikan sejurus selepas kanak-kanak berkenaan mula muntah-muntah.
Sementara itu, Menteri Pendidikan negeri, Encik P.K Sahi, berkata siasatan awal menunjukkan makanan tersebut dicemari kesan fosforus, yang digunakan sebagai pembunuh serangga pada tanaman gandung dan padi.
Dipercayai, bahan makanan yang digunakan tidak dicuci sebelum dihidangkan.
Para penduduk setempat dilaporkan telah mengadakan bantahan terhadap pemerintah negeri ekoran kejadian itu.
"Beratus-ratus penduduk yang marah telah melancarkan tunjuk perasaan di Saran sejak lewat malam Selasa, sambil menuntut tindakan tegas diambil terhadap pegawai pemerintah yang bertanggungjawab ke atas insiden mengejutkan ini," kata pegawai pemerintah daerah, Encik S.K Mall.
Pihak berkuasa telah menggantung tugas seorang inspektor makanan sementara pengetua sekolah yang terlibat bakal didakwa atas tuduhan melakukan kecuaian jenayah.
Banyak pemerintah negeri di 29 wilayah India memperkenalkan program makanan tengah hari percuma di sekolah kepada kanak-kanak miskin.
Kekurangan zat makanan merupakan salah satu keprihatinan kesihatan utama di kalangan kanak-kanak India.
Dalam pada itu, program makanan percuma itu juga merupakan antara cara untuk memastikan lebih ramai golongan itu menghadiri sekolah.
Harga makanan telah meningkat sepanjang enam tahun lalu di India, sekali gus menyukarkan lagi kehidupan sekitar 455 juta rakyat India yang hidup di bawah paras kemiskinan.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts