Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Monday 29 July 2013

Berita Dunia

 
RAKYAT Singapura akan menerima bayaran tunai baucar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mereka Khamis depan.
Seramai 1.4 juta warga Singapura akan menerima bayaran itu secara automatik dalam akaun bank atau menerusi cek.
Kebanyakan warga Singapura akan menerima bayaran itu secara automatik tetapi ada segelintir yang tidak menerimanya secara automatik kerana belum pernah mendaftar bagi meraih bayaran pemerintah sebelum ini.
Mereka ini yang mendaftar sebelum 16 Julai lalu (secara online) dan sebelum 12 Julai lalu (di balai rakyat) akan menerima bayaran itu bersama warga Singapura lain.
Mereka yang mendaftar selepas tarikh-tarikh ini akan memperolehinya selepas 1 Ogos. Warga Singapura mempunyai sehingga 31 Disember untuk mendaftar.
Baucar GST atau GSTV ialah sebahagian daripada habuan yang diberikan kepada warga Singapura di bawah Belanjawan 2013.
Bayaran GSTV merangkumi:
  • GSTV - Tunai iaitu bayaran tunai sebanyak $100 hingga $250 itu diberikan kepada warga yang berpendapatan tidak lebih $24,000 setahun dan tinggal di rumah yang nilai tahunannya kurang $21,000.
  • GSTV - Medisave iaitu Bayaran Medisave antara $150 dan $450 bagi warga berusia 65 ke atas dan tinggal di rumah yang nilai tahunannya kurang $21,000.
  • GSTV- U-Save iaitu bayaran rebat antara $45 dan $65 bagi semua isi rumah HDB.
Selain itu, satu bayaran tambahan juga diberikan bagi ketiga-tiga kategori GSTV ini. Sebagai contoh, warga Singapura yang layak menerima Baucar GST $250 akan menerima tambahan $250 lagi.
Di samping itu, semua warga Singapura berusia 45 ke atas juga akan menerima tokokan $200 kepada akaun Medisave mereka.
Baucar dan tokokan itu bertujuan membantu warga Singapura mengharungi kos sara hidup lebih tinggi, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Rebat U-Save juga akan diberikan setiap suku tahun iaitu pada Julai, Oktober, Januari dan April. Ia akan ditolak secara automatik daripada bil masing-masing.
Keseluruhannya, pemerintah memperuntukkan $1.2 bilion bagi baucar dan bayaran tambahan itu.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melungsuri laman www.gstvoucher.gov.sg.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts