
Menurut buku yang ditulis oleh
R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu
ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat
menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas
dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat
jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan
pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik.
Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke
istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke
istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan.
Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama
namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga
datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi
benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua
mereka berlumba-lumba bersuara.
“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah!
Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama
yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir
kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang
sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru
iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.
No comments:
Post a Comment