Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 26 July 2013

Mesir di ambang perang saudara


KAHIRAH: Ketegangan di Mesir semakin meruncing sehingga berkemungkinan meletakkan negara itu diambang perang saudara.
Ketua tentera, Jeneral Abdel-Fattah el-Sissi, yang menggulingkan Encik Mohamed Mursi - presiden pertama Mesir yang dilantik melalui proses pilihan raya bebas - telah memberi isyarat bahawa beliau mungkin bertindak keras ke atas para penyokong Encik Mursi.
Ini selepas Jeneral Sissi, dalam ucapannya kelmarin, menggesa pihak awam supaya berhimpun di jalanan lewat hari ini, bagi memberi mandat kepada beliau dan pihak polis menangani "keganasan dan pengganasan" di negara itu.
Berikutan kenyataannya itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama memutuskan untuk menghentikan pengiriman pesawat pejuang F-16 kepada Mesir, kata para Amerika, semalam, sebagai isyarat paling jelas sejauh ini bahawa Amerika semakin 'tidak sabar' terhadap angkatan tentera Mesir selepas ia menggulingkan Encik Mursi.
Gesaan Jeneral Sissi itu menunjukkan bagaimana ketua tentera itu menjadi sumber kuasa meskipun satu pemerintah awam telah dibentuk selepas peristiwa penggulingan Encik Mursi pada 3 Julai lalu.
Kenyataan beliau kelihatan direka bagi menutupi helahnya membubarkan perhimpunan penyokong pro-Mursi di Kahirah dan di beberapa tempat lain di Mesir, serta merupakan satu kempen menentang kumpulan pelampau Islam yang semakin giat menyerang pasukan keselamatan di Sinai.
Jeneral Sissi menggesa diadakan perhimpunan besar-besaran hari ini bagi memberi beliau "mandat" berbuat apa yang "diperlukan" bagi menghentikan pertumpahan darah.
Namun, satu pakatan terdiri daripada kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan) dan sekutunya mengutuk ucapan Jeneral Sissi itu dan menyifatkannya sebagai satu "undangan terbuka" kepada perang saudara.
Pakatan itu malah turut merancang mengadakan protesnya sendiri pada hari yang sama - satu tindakan yang berpotensi mencetuskan keganasan antara dua pihak saling bertentangan itu.
Sementara itu, sekumpulan ulama Sunni yang diketuai Sheikh Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa supaya rakyat Mesir menolak gesaan Jeneral Sissi itu.
Persatuan Ulama Islam itu lewat kelmarin mengeluarkan fatwa "melarang (rakyat Mesir) daripada bertindak terhadap apa-apa gesaan yang boleh menyebabkann perang saudara atau menutupi keganasan (tindakan tentera) terhadap sebarang pihak, atau menghasut"

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts