Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Tuesday 23 July 2013

Mayat dibungkus dalam beg plastik; TIGA WANITA DIBUNUH DI AMERIKA SYARIKAT

 
SUSPEK PEMBUNUHAN: Michael Madison yang sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan seks, telah ditangkap. Madison telah disenaraikan sebagai pesalah seks pada 2002 apabila dipenjarakan selama empat tahun atas tuduhan cuba merogol. Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau pada 2000 dan 2001 atas kesalahan berkaitan dadah.– Foto AP










WASHINGTON: Mayat tiga wanita yang dibungkus dalam beg plastik telah ditemui di sebuah kejiranan golongan berpendapatan rendah di Amerika Syarikat, kata polis kelmarin.
Seorang suspek, yang sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan seks, telah ditangkap.
Dalam satu kenyataannya, jurucakap polis, Sarjan Scott Gardner, berkata mayat pertama ditemui di sebuah garaj di East Cleveland, selepas pihak polis menerima aduan bau busuk.
Dua lagi mayat ditemui Sabtu lalu.
Salah satu daripada mayat itu ditemui di belakang rumah sementara yang satu lagi di besmen sebuah kediaman berdekatan yang tidak lagi dihuni.
Ketiga-tiga mangsa ialah wanita kulit hitam dan mayat mereka ditemui pada jarak antara 90 dengan 180 meter antara satu dengan lain.
Menurut Sarjan Gardner, suspek dikenal pasti sebagai Micheal Madison, 35 tahun, dan dia telah ditahan di kediaman ibunya pada Jumaat lalu.
Datuk Bandar East Cleveland, Encik Gary Norton, memberitahu CNN bahawa Madison menyanjung pembunuh bersiri, Anthony Sowell, yang telah dijatuhi hukuman mati pada 2011 kerana membunuh 11 wanita di Ohio.
Sowell telah menyimpan mayat wanita-wanita itu dalam beg plastik di sekitar kediamannya.
"Kita berdepan dengan seorang individu yang 'sakit' dan kami mempunyai sebab untuk percaya mungkin terdapat lebih banyak mangsa," kata Encik Norton.
Namun, sehingga kini, pihak berkuasa belum lagi menjumpai mangsa lain.
Madison dijadualkan didakwa di mahkamah semalam.
Pihak berkuasa percaya mangsa telah dibunuh antara enam dengan 10 hari yang lalu.
Ketua Polis Ralph Spotts berkata Madison tidak mengaku yang dia ada membunuh mangsa lain.
"Namun, dia juga tidak menyatakan apa-apa yang membuat kita yakin bahawa tiada lagi mangsa. Mudah-mudahnya, ini saja mayat yang ada," kata Encik Spotts.
Kelmarin, polis telah menjalankan pemeriksaan, termasuk ke atas 40 kediaman yang tidak dihuni, bagi mengesahkan tiada mangsa lain.
Madison telah disenaraikan sebagai pesalah seks pada 2002 apabila dipenjarakan selama empat tahun atas tuduhan cuba merogol.
Dia mempunyai rekod jenayah lampau pada 2000 dan 2001 atas kesalahan berkaitan dadah.
Seorang jiran, Cik Nathenia Crosby, berkata sebelum ini beliau telah menghalang suspek berbual mesra dengan anak perempuannya yang berusia 19 tahun.
"Apabila saya mendapat tahu umurnya, saya memberitahunya agar cari orang lain. Anak saya jauh terlalu muda untuknya," kata Cik Crosby.
Pembunuhan itu merupakan antara kes terbaru yang berlaku di Cleveland.
Pada Mei lalu, tiga wanita yang diculik sekitar sedekad lalu diselamatkan di sebuah kediaman di kawasan itu.
Seorang bekas pemandu bas, Ariel Castro, menghadapi 1,000 tuduhan menculik, merogol dan lain-lain kesalahan atas kejadian itu

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts