Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 19 July 2013

Arsenal kacau daun, sedia bayar gaji Rooney

(LONDON): Arsene Wenger kelmarin merumitkan usaha Manchester United mengekalkan khidmat Wayne Rooney di Old Trafford dengan menyatakan bahawa Arsenal mampu memenuhi tuntutan gaji penyerang itu.
Malah, Wenger merancang menggagalkan persiapan juara Liga Perdana England itu mengukuhkan barisan midfield mereka dengan menegaskan bahawa Arsenal akan menggunakan haknya mendapatkan semula Cesc Fabregas jika Barcelona memutuskan menjual bintang midfield Sepanyol tersebut.
Pengurus Arsenal itu membuat perancangan berkenaan sedang Chelsea meningkatkan usaha mendapatkan Rooney yang tidak berpuas hati kerana dianggap sebagai pemain gantian kepada penyerang utama United, Robin van Persie.
Chelsea kelmarin membuat tawaran rasmi dengan menawarkan bayaran pemindahan sebanyak £10 juta ($19.2 juta) bagi mendapatkan penyerang itu.
Bagaimanapun, Wenger merancang membalas dendam terhadap United dengan memancing penyerang mereka pula setahun selepas Van Persie, bekas penyerang dan kapten Arsenal, berpindah ke Old Trafford.
"Ia berlaku pada kami pada tahun lalu dan ia boleh berlaku ke atas mereka.
"Rooney kini masih terikat dengan kontrak selama dua tahun lagi, jadi United perlu membuat keputusan mengenainya.
"Kami tidak mempunyai masalah dengan gaji Rooney," kata Wenger.
Penyerang berusia 27 tahun itu kini menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu.
Beliau berpindah ke United dengan bayaran sebanyak £27 juta pada Ogos 2004 daripada Everton dan membuat 402 penampilan, menyumbatkan 197 gol dan memenangi lima kejuaraan Liga Perdana serta satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.
Sebagai tamparan tambahan, Wenger juga tidak menolak kemungkinan mendapatkan semula bekas kaptennya, Fabregas, yang turut menjadi buruan United.
Bagaimanapun, beliau yakin pemain itu mahu kekal bersama Barcelona.
Katanya: "Cesc memutuskan untuk kekal bersama Barcelona selama se-tahun lagi.
"Kami meletakkan syarat dalam kontraknya bagi memberikan kami peluang pertama membeli-nya semula, jadi kami akan memantau keadaan jika ia berlaku." - The Sun.

''Ia berlaku pada kami pada tahun lalu dan ia boleh berlaku ke atas mereka. Rooney kini masih terikat dengan kontrak selama dua tahun lagi, jadi United perlu membuat keputusan mengenainya. Kami tidak mempunyai masalah dengan gaji Rooney.''
- Arsene Wenger, pengurus Arsenal, yang kehilangan penyerang dan kaptennya, Robin van Persie, yang dipancing Manchester United pada akhir musim lalu.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts