Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 20 July 2013

Britain batal rancangan bekal senjata buat anti Assad


LONDON: Britain telah membatalkan rancangan membekalkan senjata kepada golongan pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.
Negara itu percaya Encik Assad mungkin kekal berkuasa untuk beberapa tahun akan datang, kata sumber-sumber yang biasa dengan pemikiran kerajaan.
Sumber-sumber itu juga berkata persidangan damai bagi mengakhiri konflik di Syria - kini memasuki tahun ketiga - mungkin tidak akan diadakan sehingga tahun depan, jika benar ia diadakan.
"Jelas sekali Britain tidak akan membekalkan senjata kepada pemberontak dengan apa cara sekali pun," kata satu sumber sambil merujuk kepada usul parlimen yang diluluskan minggu lalu yang menggesa rundingan diadakan dengan penggubal dasar undang-undang terlebih dahulu.
Britain berbuat demikian kerana kebanyakan rakyat negara itu menentang tindakan membekalkan senjata kepada golongan pemberontak Syria selain kebimbangan bahawa senjata yang dibekalkan Britain mungkin jatuh ke tangan militan Islamis.
Kedudukan Britain itu membayangkan harapan kelam bagi golongan pemberontak.
Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, adalah orang yang bertanggungjawab memimpin inisiatif menarik balik sekatan senjata terhadap Syria, yang menurut pihak London dan Paris mendenda pemberontak anti-Assad.
Pembabitan Iran dan kumpulan Hezbollah telah mengalihkan imbangan kuasa di medan pertempuran bagi menyebelahi Encik Assad, kata sumber itu, dan beliau tidak mempunyai insentif untuk berunding.
Pihak Barat pula tidak mempunyai strategi untuk mengakhiri konflik di Syria dalam masa terdekat ini.
"Penilaian Barat telah berubah. Mulanya kami fikir Encik Assad mungkin hanya boleh bertahan selama beberapa bulan. Tetapi kini kami fikir beliau boleh bertahan selama beberapa tahun," kata satu sumber lain.
Dalam keadaan tentera Amerika Syarikat, Britain dan negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur dari Afghanistan, pihak Barat, yang dibelenggu beban hutang dan potongan belanjawan pertahanan, berkata ia mahu membantu pemberontak menjatuhkan Encik Assad. Namun, ia mendapati pilihannya terha

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts