Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 26 October 2013

SINGAPURA: Lelaki yang ludahi wanita kena reman di IMH







LELAKI yang dirakam meludah muka dua wanita di pusat tukaran bas Woodlands malam Selasa lalu diarah ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH), semalam.
Hakim Daerah Christopher Goh mengarahkan Juraimi Kamaludin, 47 tahun (gambar), supaya menjalani penilaian psikiatrik selama dua minggu setelah dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita-wanita tersebut.
Pekerja rencam itu juga didakwa berkelakuan agresif dan menyebabkan bahaya dan kesusahan kepada penumpang lain dalam sebuah bas.
Dalam hal yang berasingan, Juraimi didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan memekik dan berkelakuan agresif sekitar 8 pagi pada 8 September lalu di kolong blok Bukit Batok Street 21.
Juraimi, yang menghadapi empat tuduhan kesemuanya, akan dihadapkan di mahkamah sekali lagi pada 8 November ini.
Video insiden meludah itu disebarkan di Internet dan telah ditonton lebih 73,000 kali melalui akaun YouTube The Straits Times.
Insiden tersebut, yang dirakam oleh seseorang yang sedang lalu di situ sebelum dimasukkan di Facebook, dipercayai berlaku apabila Juraimi naik angin selepas dimarahi kerana memotong barisan bagi perkhidmatan bas nombor 950.
Juraimi dikatakan menjadi marah apabila seorang wanita menyuruhnya ke hujung barisan selepas dia meninggalkan tempatnya di barisan itu untuk membeli air.
Dalam video itu, Juraimi dilihat memekik-mekik ke arah wanita yang berpakaian hijau itu dan mengacukan penumbuk ke mukanya sebelum kakitangan keselamatan SMRT menghalangnya.
Video tersebut juga menunjukkan Juraimi memekik-mekik ke arah seorang lagi wanita yang memakai baju biru.
Jika didapati bersalah berkelakuan tidak senonoh, Juraimi boleh dipenjara sehingga sebulan dan didenda $1,000.
Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda $1,500 bagi setiap tuduhan.
Hukuman maksimum bagi kesalahan mengganggu ketenteraman awam dengan berkelakuan agresif ialah denda sehingga $1,000.
SAMBUNGAN BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts