Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 25 October 2013

3 maut dalam banjir kilat di Cameron

 
KUANTAN: Tiga penduduk terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran air empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands, dilepaskan awal semalam.
Dua mangsa meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lagi meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor laman Berita Harian Malaysia, yang menukil laporan agensi berita Bernama.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, remaja warga Indonesia berusia 17 tahun pula dipercayai hilang akibat dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera akibat kejadian itu.
Menurut pihak polis, banjir itu turut merosakkan 80 rumah dan 100 kenderaan.
Tambahnya, banjir dipercayai bermula apabila air di empangan mula melimpah dan terpaksa dilepaskan setelah hujan lebat sejak 7 malam kelmarin.
Takungan air di empangan terpaksa dilepaskan untuk mengelakkan empangan pecah akibat tekanan air.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts