Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 5 October 2013

Wanita ditembak tapi apa motifnya?

» Dunia


KERETA SUSPEK: Gambar daripada sedutan rakaman video stesen televisyen 'Alhurra Television' ini menunjukkan para pegawai polis mendekati kereta hitam yang dipandu suspek, sambil mengacukan pistol mereka dalam kejadian dekat bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat, awal semalam. - Foto AFP
CUBA REMPUH KERETA KE ARAH SEKATAN RUMAH PUTIH
Bayi berusia setahun yang dibawa dalam kereta tidak apa-apa
WASHINGTON: Para penyiasat Amerika Syarikat cuba menentukan motif seorang wanita semasa dia merempuh sekatan Rumah Putih dengan kereta yang dipandunya, sebelum berlakunya kejadian kejar-mengejar antara wanita itu dengan polis yang berakhir dengan kematiannya.
Para penggubal dasar di Rumah Putih dan pelancong yang berada berdekatan tempat kejadian bertempiaran cuba mencari tempat perlindungan apabila polis melancarkan tembakan untuk menghentikan perbuatan wanita itu, yang memandu kereta berwarna hitam bersama seorang kanak-kanak berusia satu tahun.
Ketua polis Washington, Cik Cathy Lanier, memberitahu wartawan bahawa suspek wanita itu telah diisytiharkan meninggal dunia, tetapi enggan membincangkan mengenai motifnya sedang siasatan dijalankan.
"Kanak-kanak itu berusia kira-kira setahun dan dalam keadaan yang baik," kata Cik Lanier, sambil menambah bahawa para pegawai telah melancarkan tembakan di dua lokasi sedang mereka cuba menghentikan kenderaan wanita itu.
Satu kenyataan polis berkata kereta itu mempunyai plat lesen yang menunjukkan ia dari Connecticut, namun tidak mendedahkan identiti pemandunya.
Dua stesen televisyen - CBS dan ABC - serta akhbar Washington Post mengenal pasti suspek wanita itu sebagai Miriam Carey, dari bandar Stamford.
Satu laporan ABC berkata wanita itu berusia 34 tahun.
Dia bertugas sebagai seorang pakar kebersihan pergigian dan sedang mengalami kemurungan selepas melahirkan anak perempuannya.
"Dia mengalami kemurungan postpartum selepas melahirkan bayinya" pada Ogos tahun lalu, kata ibu wanita itu, Cik Idella Carey, seperti yang dilaporkan oleh ABC.
"Beberapa bulan kemudian dia jatuh sakit. Dia kemurungan... Dia dirawat di hospital," kata ibunya kepada stesen televisyen itu.
Jurucakap unit perkhidmatan rahsia Amerika, Encik Brian Leary, berkata pemandu kenderaan adalah seorang "wanita dewasa berkulit hitam" tetapi identitinya tidak akan didedahkan sehingga waris terdekatnya dimaklumkan.
Para pegawai berkata kejadian kejar-mengejar dengan kereta itu berlaku di luar sempadan kawasan kepungan keselamatan Rumah Putih, di mana kereta suspek merempuh sekatan dan seorang pegawai unit perkhidmatan rahsia itu.
Di Rumah Putih dan bangunan Capitol, kawasan kepungan keselamatan berjalan dengan baik, kata Cik Lanier, sambil menambah bahawa seorang pegawai polis Capitol dan seorang ejen perkhidmatan rahsia turut tercedera.
Tidak ada tembakan dibuat di Rumah Putih tetapi para ejen mengejar kereta suspek.
Sedang kereta itu berada hampir kepada bangunan Capitol, yang menempatkan dewan kongres, ia dikepung oleh beberapa kenderaan polis dan para pegawai bersenjata.
Klip video yang disiarkan oleh stesen-stesen penyiaran berkenaan menunjukkan wanita itu melakukan pusingan-U dan terus memecut, sebelum merempuh satu lagi sekatan diikuti lebih banyak bunyi tembakan.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts