Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Sunday 20 October 2013

Rooney: Saya mahu beraksi dengan cemerlang



MENARUH KEYAKINAN: Rooney yakin England kini berada dalam kedudukan lebih baik selepas pengurus pasukan, Roy Hodgson, mengubah pendekatan permainan dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia. 

LONDON: Wayne Rooney menegaskan beliau begitu terdesak mengukir nama dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia 2014 di Brazil.
Kebolehan Rooney tidak perlu dipertikaikan dan sumbangan pemain itu kepada perjuangan Manchester United juga mengagumkan tetapi bekas pemain Everton itu selalunya gagal menyerlah dalam medan pertempuran antarabangsa.
Kini berusia 27 tahun, Rooney mempunyai satu lagi peluang menebus segala kekecewaannya itu setelah membantu England menewaskan Poland 2-0 dalam kelayakan Kumpulan H pada Selasa lalu.
Rooney sedar peluang England menyerlah dalam pertandingan Piala Dunia Brazil akan bergantung kepada tahap persembahannya yang cemerlang.
"Sebenarnya, saya ingin melakukannya dalam pertandingan-pertandingan sebelum ini tetapi malangnya ia tidak terjadi," demikian Rooney membuat pengakuannya.
"Kini saya berharap akan menyerlah untuk membantu perjuangan pasukan England. Matlamat tersebut tidak pernah berubah.
"Saya juga tidak pernah berasa sebarang tekanan tambahan. Saya ingin beraksi dengan cemerlang.
"Apabila anda menyarung jersi pasukan England, matlamat utama anda ialah berjaya dan membantu pasukan kami menjulang piala.
"Saya harap saya masih mempunyai peluang dan waktu untuk melakukannya," beliau memberitahu.
Selepas pertama kali muncul dalam pertandingan antarabangsa dengan beraksi dalam Euro 2004, persembahan Rooney kelihatan menjunam dalam pertandingan-pertandingan penting dunia.
Setelah pulih daripada kecederaan pada kakinya ketika itu, Rooney mendakwa beliau sudah bersedia mengganas dalam pertandingan Piala Dunia 2006.
Tetapi yang ketara ialah Rooney, yang jarang bermain dalam pertandingan kompetitif gara-gara kecederaan itu, memperlihatkan permainan yang hambar.
Lebih mengecewakan Rooney telah dibuang padang selepas memijak rakan kelab dari Manchester United, Cristiano Ronaldo, semasa England kecundang di tangan Portugal.
Rooney juga menjadi sasaran kecaman dalam Piala Dunia 2010 selepas pasukan England sekadar seri 0-0 dengan Algeria.
Dalam pertandingan Euro tahun lalu, Rooney telah digantung dalam dua perlawanan awalnya sebelum England rebah di tangan Italy melalui debaran tendangan penalti dalam peringkat suku akhir.
Tetapi Rooney yakin bahawa pasukan England kini berada dalam kedudukan yang lebih baik selepas pengurus pasukan, Roy Hodgson, mengubah pendekatan permainan pasukan itu dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia.
Selepas membelasah Montenegro 4-1, England kemudian menewaskan Poland 2-0 untuk menjamin tempat ke pusingan akhir Piala Dunia secara automatik.
Kehadiran pemain-pemain muda seperti Andros Townsend, Daniel Sturridge dan Danny Welbeck bukan sahaja memberikan kekuatan kepada pasukan England bahkan meringankan tugas Rooney sebagai tenaga penjaring.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts