Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Thursday 24 October 2013

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : Moyes puas anak buah menang

SIAPA KUAT DIA DAPAT: Antonio Valencia (kiri) daripada Manchester United bersaing dengan Alberto de la Bella daripada Real Sociedad dengan pasukan tuan rumah menang 1-0 dalam perlawanan di Old Trafford, kelmarin

Pengurus Manchester United juga terkilan pasukan gagal manfaat banyak peluang jaringan
LONDON: Ada kepuasan dan ada sungutan.
Demikian reaksi pengurus pasukan Manchester United, David Moyes, selepas pasukannya menewaskan Real Sociedad 1-0 dalam pertandingan Liga JuaraJuara Eropah Kumpulan A di Old Trafford, kelmarin.
Gol tunggal kemenangan United adalah hadiah daripada pemain Sociedad, Inigo Martinez, pada minit kedua.
Menurut Moyes, pasukannya telah menyempurnakan tugas mereka untuk mengecap kemenangan dalam perlawanan ini.
Tetapi beliau melahirkan rasa terkilan kerana United gagal melebarkan jurang kedudukan walaupun mempunyai banyak peluang jaringan.
Moyes telah merehatkan pemain penyerang Robin van Persie dan keputusan itu boleh membawa padah jika Sociedad berjaya menyamakan kedudukan pada lewat permainan.
Pemain United dan pengurusnya itu kelihatan lega selepas wisel penamat dibunyikan pada akhir perlawanan.
Mengulas lebih lanjut keputusan perlawanan ini, Moyes berkata:
"Kami memperlihatkan persembahan yang membanggakan.
"Bahkan, kami wajar menjaringkan lebih banyak gol.
"Kami berdepan dengan kedudukan yang sama pada Sabtu lalu apabila kami meluru 1-0 dan menerima gol pada lewat permainan.
"Justeru, kami mula terfikir keadaan seperti itu boleh berlaku lagi. Sekiranya kami berjaya menjaringkan lima ataupun enam gol, sudah tentu kebimbangan seperti tidak wujud lagi.
"Saya bimbang kerana kami kerap memberikan tendangan percuma di luar kawasan penalti tetapi kami perlu memenangi perlawanan di tempat sendiri dan kami berjaya melakukannya," ujarnya.
Bekas pengurus pasukan Everton itu kemudian memuji persembahan Wayne Rooney dalam perlawanan ini.
"Rooney bermain dengan cemerlang. Saya menjerit ke arahnya beberapa kali kerana beliau terlepas kawalan bola di kawasan penjuru padang pada lima minit terakhir permainan tetapi pada keseluruhannya beliau bermain dengan baik.
"Kami ingin pemain terkemuka seperti Rooney beraksi cemerlang dan beliau telah melakukannya.
"Saya memberitahu bahawa beliau telah menunjukkan sikap yang baik sejak latihan pertama.
"Kami ingin melatih Rooney menjadi pemain terbaik sepanjang masa. Saya yakin penyokong kami gembira dengan persembahan Rooney dalam perlawanan ini," tambahnya.
Seperti Moyes, Rooney juga berpendapat bahawa United wajar memenangi perlawanan dengan keputusan yang lebih baik.
"Kami boleh memenangi perlawanan ini dengan 3-0, 4-0 ataupun 5-0. Tetapi yang penting, kami memenangi perlawanan ini.
"Ia keputusan yang membanggakan selepas apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Southampton pada Sabtu lalu.
"Kami bertahan dengan baik. Sudah tentu seronok jika kami menang tanpa menerima sebarang gol balasan.
"Jika pada hari perlawanan lain, kami sudah pasti memanfaatkan segala peluang itu tetapi apa juga kesudahannya, memungut tiga mata adalah lebih penting" kata Rooney.
SAMBUNG BACAAN,,,

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts