Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 19 October 2013

KEBAKARAN HUTAN DI TENGGARA AUSTRALIA: Ratusan rumah musnah



RANAP: Sekumpulan remaja memerhatikan sebuah rumah yang telah hangus terbakar ekoran kebakaran hutan di daerah Winmalee, Blue Mountains, semalam. - Foto AFP

WINMALEE: Ratusan rumah di tenggara Australia musnah ekoran kebakaran hutan yang masih tidak dapat dikawal semalam.
Sejauh ini, seorang lelaki terkorban. Sekurang-kurangnya 94 kebakaran masih tidak dapat dikawal di New South Wales (NSW).
Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman NSW, Encik Shane Fitzsimmons, berkata keadaan masih sangat berbahaya meskipun suhu kini lebih rendah dan kederasan angin telah berkurangan.
"Kami akan meneruskan usaha.....menyelamatkan nyawa dan melindungi seberapa banyak harta benda yang termampu," kata beliau.
Menurutnya, sejauh ini, kawasan seluas 86,0000 hektar telah terbakar.
Kelmarin, keadaan angin kencang dan suhu panas telah menyebabkan kebakaran cepat merebak di kawasan perumahan di Blue Mountains, yang terletak ke barat Sydney.
Seorang lelaki berusia 63 tahun dilaporkan maut akibat serangan jantung semasa cuba melindungi rumahnya daripada dijilat api di Central Coast, ke utara Sydney.
"Ini perkara paling buruk yang tidak ingin dilalui oleh sesiapa pun dan kami menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mangsa," kata pemimpin NSW, Encik Barry O'Farrell.
Menurut beliau, dua anggota bomba juga kini dirawat di hospital ekoran cedera ketika melawan kebakaran.
Sementara itu, ratusan penduduk di bandar Winmalee yang sebelum ini bermalam di pusat perlindungan semalam berdepan dengan kejiranan mereka yang kini hangus terbakar.
"Kami pernah mengalami beberapa kebakaran sebelum ini tetapi kebakaran kali ini yang paling dahsyat. Ia merebak dengan begitu cepat sekali, menyebabkan rumah-rumah di kejiranan ini hangus sementara beberapa rumah lain terselamat," kata Encik Ron Fuller, yang rumahnya turut hangus terbakar.
Datuk bandar Blue Mountains, Encik Mark Greenhill, berkata kesan sebenar bencana itu hanya dapat dirasai dan dilihat semalam.
"Saya rasa mereka yang telah kehilangan rumah mereka semalam (kelmarin) baru menerima hakikatnya hari ini. Anda boleh nampak kesannya pada raut wajah mereka," kata beliau.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts