DIRAWAT: Nurafikah Alias, salah
seorang pelajar SK Jalan Jeniang, diiringi ibunya, Cik Daharah Din,
semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim selepas
menunjukkan tanda-tanda terhidu gas beracun. - Foto NSTP
4 Oct 2013
SUNGAI
PETANI: Seorang guru besar dan 20 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan
Jeniang, Batu 4, di Sungai Petani, Kedah, dikejarkan ke
hospital-hospital di Yan dan Sungai Petani selepas terhidu bahan gas
beracun di padang sekolah itu petang kelmarin.
Guru besar dan tiga pelajar sekolah tersebut telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala yang lain menerima rawatan pesakit luar, lapor akhbar New Straits Times (NST), semalam.
Mangsa-mangsa itu mengalami rasa mual, sakit kepala yang teruk dan sakit perut selepas mereka selesai latihan bagi Hari Sukan di padang sekolah itu, yang terletak berdekatan dengan sebuah tapak pertanian getah sekitar 2 pe tang kelmarin.
Dipercayai bahawa mereka telah terhidu asap racun serangga perosak yang disembur oleh para pekerja di tapak ladang getah itu, yang kemudian dibawa angin ke kawasan sekolah.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ismail Abu Taat, berkata semua mangsa menunjukkan tanda-tanda terhidu gas beracun.
"Guru besar dan para pelajar itu dipercayai terhidu gas beracun yang disembur di tapak bersebelahan sekolah itu.
"Bagaimanapun, jenis gas itu masih belum dapat dikenalpasti," kata beliau.
Sementara itu, Cik Daharah Din, 44 tahun, dari Kampung Batu 4 Jeniang, berkata anak peermpuannya, Nurafikah Alias, mengadu sakit kepala yang teruk selepas dia pulang dari sekolah,
Gadis berusia sembilan tahun itu kemudian dihantar ke HSAH selepas muntah dan mengalami sakit perut.
"Nurafikah beritahu saya bahawa guru besar dan rakan sekolahnya sedang berlatih sukan di padang (sekolah) sewaktu racun serangga perosak itu disembur di tapak ladang berdekatan," kata beliau.
sumber

No comments:
Post a Comment