Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday 12 October 2013

Ramli Sarip, Rosyam dapat 'anugerah' Datuk


SUMBANGAN DIHARGAI: Pelakon Rosyam Nor dan penyanyi asal Singapura, Ramli Sarip, mendapat gelaran datuk daripada kerajaan negeri Melaka. - Foto-foto fail
SUMBANGAN DIHARGAI: Pelakon Rosyam Nor dan penyanyi asal Singapura, Ramli Sarip, mendapat gelaran datuk daripada kerajaan negeri Melaka. - Foto-foto fail

MELAKA: Pelakon Rosyam Nor dan penyanyi 'Papa Rok', Ramli Sarip, merupakan antara 79 orang yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, lapor laman berita mStar Online Khamis lalu.
Anugerah itu merupakan sebahagian daripada darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 yang diberikan sempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, kelmarin.
Sedang Rosyam Nor menerima anugerah DPSM, Ramli Sarip pula menerima DPSM (Kehormat). Ini kerana beliau bukan warga negara Malaysia.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron, pula menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Darjah kebesaran itu merupakan anugerah tertinggi antara darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka.
Beliau merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar dalam sidan`g media di sini, Khamis.
Selain itu, 10 orang, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dan 14 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
 SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts