WIRA REAL: Di Maria (kiri) dan Ronaldo masing-masing sumbang dua gol. - Foto REUTERS
4 Oct 2013
Sebelum ini, Real memporak-perandakan Galatasaray 6-1 dengan Ronaldo melakukan jaringan hatrik dalam perlawanan tersebut.
Ini bermakna Ronaldo telah menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan.
Bintang Portugal itu membuka tirai jaringan dengan menanduk bola hasil hantaran Marcelo dan kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-65 melalui gerakan Di Maria.
Kemudian, Di Maria, anak watan Argentina, terus melebarkan jurang kedudukan 3-0 melalui rembatan menyerung dan mengakhiri jaringannya beberapa minit sebelum perlawanan ditamatkan.
Dengan Juventus seri 2-2 dengan Galatasaray, ia bermakna Real kelihatan sudah pasti akan melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
"Kami telah bermain dengan baik. Kami telah mengubah susunan permainan dengan menggunakan tiga pemain penyerang," kata Di Maria di akhir perlawanan tersebut. "Pengurus pasukan kami terus menunjukkan keyakinan kepada kebolehan kami. Saya fikir beliau gembira dengan tahap persembahan kami.
"Kami harus mengekalkan corak permainan seperti ini. Sebenarnya, kami yang boleh menentukan agar perlawanan ini menjadi lebih mudah.
"Sekiranya, kami dapat beraksi seperti dalam perlawanan ini, maka peluang kami adalah baik dalam pertandingan ini," kata Di Maria.
Dengan Gareth Bale terpaksa diketepikan kerana diganggu kecederaan pada pahanya, bos Real, Carlo Ancelotti terpaksa membuat rombakan dalam kesebelasan utamanya menyusuli kekalahan 0-1 di tangan Atletico Madrid dalam La Liga pada hujung minggu lalu.
Beliau membuat lima petukaran dengan Iker Casillas kembali diserahkan tugas sebagai penjaga gawang buat pertama kali selepas sembilan bulan sementara Raphael Varane dan Marcelo, masing- masing muncul buat pertama kali selepas pulih daripada kecederaan.
No comments:
Post a Comment