Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Monday 4 November 2013

Kian ramai Melayu S’pura beli hartanah di Iskandar




SENIBONG COVE: Salah sebuah projek perumahan lebih eksklusif yang memberikan pengalaman kehidupan di persisiran air.

Langkah diambil sebagai pelaburan jangka panjang, bukan hanya rumah kedua
SEMAKIN ramai orang Melayu, khususnya golongan muda, yang melabur dan membeli hartanah di Iskandar Malaysia di Johor tahun lalu, kata beberapa ejen hartanah setempat.
Malah, menurut ejen-ejen itu, bilangan pelanggan yang melabur dalam hartanah di Iskandar Malaysia melonjak antara 20 dengan 70 peratus berbanding tahun lalu. Mereka berkata ini antara lain didorong oleh tahap keyakinan lebih tinggi terhadap potensi pembangunan rantau tersebut di samping harga hartanah dan perumahan yang semakin melambung di Singapura.
Menurut ejen hartanah yang dihubungi Ekoniaga, lebih ramai orang Melayu kini membeli hartanah sebagai pelaburan jangka panjang, bukan hanya sebagai rumah kedua di negara jiran itu. Ejen hartanah PropNex, Cik Qurratu Ain Mohamed Yusope, yang merupakan antara ejen hartanah setempat paling giat memasarkan hartanah di Iskandar Malaysia sejak November lalu, memberitahu bahawa jumlah pelanggan Melayunya yang membeli kediaman di situ melonjak sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.
Kira-kira 40 peratus daripada jumlah itu membeli dengan matlamat pelaburan jangka panjang manakala bakinya sebagai rumah kedua atau tempat kediaman utama.
“Saya melihat lebih ramai generasi muda yang berani mengambil risiko dengan membeli hartanah di Iskandar walaupun ada juga yang mengambil keputusan tanpa membuat sebarang kajian.
“Golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah membentuk sehingga 30 peratus daripada bilangan keseluruhan pembeli saya,” jelas Cik Qurratu yang memasarkan empat kawasan projek hartanah utama – Puteri Harbour, East Ledang, Medini dan Danga Bay.
Pembeli Melayu, tambahnya, lazimnya membeli hartanah bernilai daripada RM600,000 ($240,000) hingga RM900,000.
Pengarah Divisyen Kumpulan ERA, Encik Muhd Syafiq Mohd Esa, yang memasarkan projek hartanah di Kuala Lumpur dan Iskandar Malaysia berkata permintaan bagi hartanah di Iskandar meningkat dengan mendadak sejak separuh kedua tahun lalu.
Keadaan ini memaksa beliau menangguhkan usaha pemasaran projek di Kuala Lumpur yang lazimnya mendapat sambutan hangat.
“Masyarakat Melayu kini membentuk sekitar 30 peratus daripada pelanggan yang membeli hartanah di Iskandar.
“Saya fikir permintaan ini disebabkan harga rumah di Singapura yang masih tinggi walaupun pemerintah memperkenalkan langkah baru bagi meredakan pasaran hartanah pada Januari lalu. Ini mendorong ramai ke Johor,” ujar Encik Syafiq yang turut dikenali sebagai Syafiq Focus dalam pasaran hartanah setempat.
Dalam kalangan pelanggan setempatnya, 30 peratus, yang pada awalnya merancang melabur dalam hartanah di Singapura, memutuskan mengubah tumpuan ke Iskandar Malaysia kerana tidak mampu membeli hartanah setempat yang terlalu tinggi harganya.
Pengarah Divisyen PropNex, Encik Gazali Aspar, pula mendapati jumlah pertanyaan dan minat yang diterima daripada pelanggan Melayu meningkat 30 peratus pada Januari lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bilangan itu membeli hartanah di Iskandar Malaysia secara langsung.
Pelbagai projek perumahan ditawarkan di Iskandar Malaysia, yang tiga kali ganda saiz Singapura.
Ia terbahagi kepada lima zon utama termasuk Nusajaya, Bandar Johor Bahru dan Senai-Skudai.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts