Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Saturday, 23 November 2013

Tiga wanita jadi hamba 30 tahun di London

Inspektor Detektif Kevin Hyland: Inilah kali pertama unitnya mengendalikan kes perhambaan paling teruk yang pernah muncul di ibu kota Britain itu. - Foto AFP

Dua ditangkap selepas seorang mangsa menelefon pertubuhan amal minta bantuan
LONDON: Tiga wanita yang diperhambakan selama 30 tahun akhirnya diselamatkan dari sebuah rumah di London, termasuk seorang yang dipercayai menjadi hamba hampir sepanjang hayatnya di rumah itu, kata polis Britain, awal semalam.
Para pegawai polis, yang menahan seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 67 tahun, di rumah mereka di selatan London, menyifatkan kes tersebut sebagai kes perhambaan paling teruk yang pernah muncul di ibu kota Britain itu.
Kedua-dua orang yang ditangkap itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sehingga satu tarikh pada Januari ini, bergantung pada siasatan lanjut, kata polis dalam satu kenyataannya awal semalam.
Tiada butir tambahan diberikan sejauh ini.
Polis berkata mereka tidak percaya wanita-wanita itu - seorang warga Malaysia berusia 69 tahun, seorang warga Ireland berusia 57 tahun dan seorang warga Britain berusia 30 tahun - bersaudara dan tidak ada bukti menunjukkan mereka telah menjalani penderaan seksual.
Tidak jelas di mana wanita paling muda di antara ketiga-tiga wanita itu dilahirkan.
Kebebasan wanita-wanita itu kelihatan terhad sejak bertahun-tahun sehingga salah seorang daripada mereka memberanikan diri menelefon sebuah pertubuhan kebajikan pada 18 Oktober lalu, selepas menonton sebuah rancangan dokumentari yang menonjolkan kempen antiperhambaan.
Selepas percaya dan berasa yakin dengan kakitangan pertubuhan Freedom Charity, dua daripada wanita itu bertemu dengan kakitangan pertubuhan tersebut.
Pada 25 Oktober lalu, kakitangan pertubuhan itu membawa polis ke rumah wanita-wanita tersebut dan mereka kemudian diselamatkan.
Kes itu dirahsiakan sehingga pengangkapan dua suspek yang disifatkan polis sebagai bukan warga Britain kerana disyaki terbabit dalam kegiatan buruh paksa dan perhambaan di rumah.
"Wanita-wanita itu amat trauma selepas hidup dalam perhambaan selama sekurang-kurangnya 30 tahun tanpa pendedahan kepada dunia luar, dan percubaan untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang tiga dekad lalu itu difahamkan akan mengambil sedikit masa," kata Inspektor Detektif Kevin Hyland dalam satu kenyataan.
"Unit kami menangani banyak kes setiap tahun tetapi belum pernah membongkar kes yang membabitkan sekumpulan orang yang ditahan secara paksa sepanjang hayat mereka," katanya.
Beliau selanjutnya berkata kes demikian tidak sering berlaku di Britain, tetapi menggesa sesiapa saja yang mengalami suasana yang sama agar tampil.
Kes wanita-wanita itu mengimbas kembali kes penculikan yang memakan masa panjang di Amerika Syarikat dan Austria.
Encik Hyland berkata usaha menjejaki wanita-wanita itu bermula pada 21 Oktober lalu apabila Freedom Charity membuat laporan polis mengenai kisah salah seorang 'hamba' wanita itu, yang berkata beliau telah ditahan secara paksa dalam rumah berkenaan selama lebih 30 tahun.
"Hubungan antara wanita-wanita itu adalah sebahagian daripada siasatan berterusan dan kami tidak mahu membuat spekulasi. Bagaimanapun, kami percaya wanita berusia 30 tahun itu telah menjadi hamba seumur hidupnya," kata beliau.
Cik Aneeta Prem, pengasas Freedom Charity yang menangani beberapa isu, termasuk perkahwinan paksa, berkata wanita-wanita itu cukup berani menampilkan diri setelah sekian lama hidup dalam ketakutan.
SAMBUNG BACAAN,,

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts