Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday, 22 November 2013

World Cup 2014: Uruguay pasukan terakhir ke Brazil



SUAREZ DI URUGUAY: Luis Suarez (kanan) sentiasa dikawal rapi sehingga gagal menjaringkan gol dalam perlawanan penentuan kedua menentang Jordan. Foto REUTERS.
KELAYAKAN PIALA DUNIA
MONTEVIDEO (Uruguay): Uruguay menjadi pasukan ke-32 dan yang terakhir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Brazil pada tahun depan.
Uruguay menjamin tempatnya selepas seri 0-0 dengan Jordan untuk menang dengan agregat 5-0.
Uruguay yang pernah menjulang Piala Dunia sebanyak dua kali, telah menduduki tempat keempat dalam pertandingan 2010 di Afrika Selatan.
Ini adalah kali keempat Uruguay terpaksa bertempur dalam perlawanan penentuan secara timbal balik sebelum melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.
Uruguay menewaskan Costa Rica untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2010 tetapi kecundang di tangan Australia pada 2005.
Uruguay yang mempunyai penduduk seramai 3.3 juta orang, adalah salah satu daripada lapan pasukan pilihan dalam undian Piala Dunia yang akan diadakan pada 6 Disember nanti.
Kedudukan pasukan pilihan dibuat berdasarkan ranking pasukan-pasukan ini dalam senarai dunia.
Tujuh pasukan pilihan lain ialah Brazil, Sepanyol, Jerman, Argentina, Colombia, Belgium dan Switzerland.
Perlawanan kelmarin adalah yang ke-816 dan terakhir sejak pusingan kelayakan Piala Dunia bermula pada 15 Jun 2011.
Sebanyak 203 pasukan mengambil bahagian dan kini hanya 31 pasukan bersama tuan rumah, Brazil, akan muncul dalam pusingan akhir nanti.
Robin van Persie dari Belanda, Luis Suarez dari Uruguay dan Deon McCaulay dari Belize telah muncul sebagai penjaring utama dengan masing-masing menyumbatkan 11 gol.
Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati tetapi Uruguay, selaku tuan rumah, lebih banyak menguasai rentak permainan dalam separuh masa kedua.
Namun pasukan tuan rumah gagal memecahkan benteng pertahanan Jordan sebagaimana dalam pertemuan pertama di Amman.
Jordan telah menghimpunkan segenap kekuatannya untuk bertahan sehingga Uruguay gagal menggugat pasukan pelawat itu.
Edinson Cavani, yang menjaringkan gol melalui tendangan percuma dalam pertemuan pertama, terlepas dua peluang keemasan dan Luis Suarez juga telah bekerja keras untuk memecahkan kebuntuan permainan tetapi segala usahanya menemui kegagalan.
Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez, telah menurunkan kesebelasan terbaiknya dan antara pemain itu termasuk Suarez dan Edinson.
Diego Forlan muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-60.
SAMBUNG BACAAN,..

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts