Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 22 November 2013

Everton bakal uji impian Liverpool

ka Depan » Sukan
SUAREZ DI LIVERPOOL: Luis Suarez (kanan) dijangka diturunkan dalam perlawanan menentang Everton Sabtu ini memandangkan pengaruh besarnya dalam pasukan Liverpool, terutama ketajamannya menjaringkan gol. - Foto AP
LIGA PERDANA ENGLAND


Arsenal pula layan Southampton dengan harapan bangkit selepas tewas kepada MU
LONDON: Impian Liverpool menjulang trofi Liga Perdana buat julung-julung kalinya bakal menghadapi ujian getir pada Sabtu ini apabila ia bertandang ke Goodison Park untuk berdepan jiran sebandar di Merseyside, Everton.
Kali terakhir anak didik pengurus Brendan Rodgers berdepan pencabar utama dalam persaingan merebut kejuaraan liga musim ini, mereka tewas 2-0 di tangan Arsenal.
Kekalahan tersebut menjejas sedikit semangat pasukan dari Anfield itu tetapi mereka bangkit dalam perlawanan seterusnya dengan menumpaskan Fulham 4-0.
Kini, selepas lebih seminggu pasukan-pasukan di dunia, termasuk di Eropah, menikmati cuti kerana perlawanan antarabangsa, Liverpool melihat mereka hanya berada dua mata di belakang pendahulu liga Arsenal, yang bakal menjadi hos kepada 'pasukan pembunuh gergasi' Southampton pada hari sama.
Kemenangan ke atas Everton akan membolehkan Liverpool berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga tetapi Everton, yang tidak kurang mengancam di bawah pengurusan baru Roberto Martinez musim ini, mungkin mempunyai rancangan lain.
Pengurus Everton itu, yang pernah dikaitkan dengan tugas di Liverpool selepas Kenny Dalglish meninggalkan Anfield pada tahun lalu, kini memimpin anak didiknya ke tangga keenam selepas tewas hanya sekali dalam 11 perlawanan dan lima mata di belakang Arsenal.
Walaupun pertemuan antara Liverpool dengan Everton sejak kebelakangan ini kurang mendapat perhatian seperti perlawanan dua pasukan teratas liga, Martinez tetap menganggapnya penting memandangkan persaingan merebut kejuaraan yang lebih terbuka musim ini.
"Ia satu perlawanan yang besar, penuh glamor dan biasanya mendapat perhatian di seluruh dunia kerana minat yang ditunjukkan kepada kededua kelab," kata Martinez, kelmarin.
"Selain berupa pertemuan antara dua jiran, perlawanan ini penting kerana kededua pasukan berada dalam kedudukan enam pasukan teratas dan mencatat permulaan yang baik musim ini."
Mengulas ancaman lawannya, Martinez berkata Liverpool dapat mengawal permainan dengan baik, bermain dengan bersemangat dan berbahaya ketika menyerang.
"Tetapi kami akan bermain di padang sendiri dan kami tidak pernah kalah di Goodison tahun ini," kata beliau yakin.
Musim lalu, kededua pasukan terikat dalam kededua perlawanan, dengan keputusan 2-2 di Goodison Park dikenang dengan tindakan penyerang Luis Suarez menjatuhkan diri di depan David Moyes selepas bekas pengurus Everton, yang kini membimbing Manchester United, menuduhnya sengaja menjatuhkan diri untuk mencari kelebihan.
Suarez dijangka mengetuai barisan serangan Liverpool bersama penyerang muda sensasi Daniel Sturridge.
Dalam satu lagi perlawanan yang tidak kurang penting, Arsenal berharap dapat bangkit apabila berdepan Southampton selepas rekod tanpa kalah mereka dalam sembilan perlawanan tercalar ekoran kekalahan 1-0 di tangan United.
Southampton mempamerkan persembahan mantap sejauh ini dan pernah mengalahkan Liverpool serta seri dengan United.
"Ia satu perlawanan sukar tetapi saya menanti-nantikannya," kata penyerang Southampton Rickie Lambert. "Kami akan ke sana dengan penuh keyakinan."
Turut beraksi Sabtu ini adalah Chelsea yang akan ke West Ham, sementara juara bertahan United dijadualkan berdepan Cardiff City dengan Manchester City pula melayan Tottenham Hotspur Ahad.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts