Sebaran Segera ; Senarai 6 Syarikat Yang Mengawal Media Dunia?
Ketika Malaysia
sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370, media asing begitu
galak memainkan spekulasi dan mencipta berbagai teori untuk menaikkan
‘rating’ masing-masing. Hari demi hari berlalu, media asing ini
kelihatan semakin ‘prihatin’ terhadap kerajaan Malaysia berbanding
penumpang dan krew pesawat tersebut. Ketika mereka berusaha untuk
melaporkan sesuatu yang tidak wujud, mereka memastikan yang ianya
disimpulkan kepada satu persoalan iaitu, kredibiliti kerajaan Malaysia.
Bagi
media asing, ia bukannya berkenaan apakah yang terjadi kepada pesawat
tersebut tetapi berkenaan hubungan Malaysia-China. Ia bukan berkenaan
MH370 langsung tetapi tentang apakah Malaysia mampu berdiri dengan
sendirinya sebagai sebuah negara berdaulat.
Jelas, MH370 hanyalah satu permainan bagi media asing. Bagi memahami permainan ini, kita harus terlebih dahulu memahami pemain-pemainnya; Pada tahun 1983, 90% daripada media Amerika
dimiliki oleh lebih 50 syarikat. Bagaimanapun, pada tahun 2011, 90%
daripada media Amerika dikawal oleh hanya 6 syarikat seperti berikut:
1. NEWSCORP: Fox, WSJ, The New York Post etc..
2. TIME WARNER: CNN, HBO, Time, Warner Bros etc..
3. CBS: Showtime, Smithsonian Channel, NFL, Jeopardy, 60 Min. etc..
4. GENERAL ELECTRIC: Comcast, NBC, Universal Pictures, Focus Features etc..
5. DISNEY: ABC, ESPN, Pixar, Miramax, Marvel Studios etc..
6. VIACOM: MTV, Nick Jr., BET, CMT, Paramount Pictures etc..
Kita
tahu bahawa pada dasarnya, sesiapa yang menguasai maklumat, menguasai
dunia dan sesiapa yang mengawal media, mengawal pemikiran manusia.
Jadi, siapakah yang mengawal media-media di dunia?
Terdapat 6 orang Yahudi Amerika yang mengawal majoriti rangkaian televisyen, akhbar, industri
perfileman Hollywood, industri percetakan buku-buku dan juga industri
rakaman. Kebanyakan industri ini pula bergabung di bawa konglomerat
media yang diterajui oleh:
· Gerald Levin, CEO and Director of AOL Time Warner
· Michael Eisner, Chairman and CEO of Walt Disney
· Edgar Bronfman, Jr Presiden and CEO cum Sr. Chairman of Seagram Co. Ltd and Head of Universal Studios
· Sumner Redstone, Chairman and CEO of Viacom Inc.
· Dennis Dammerman, Vice Chairman of General Electric
· Peter Chernin, Presiden and Co-COO of News Corporation Limited
(Source: John Whitley - http://www.rense.com/general44/sevenjewishamericans.htm)
Pendapatan
konglomerat ini mampu mencapai sehingga USD300 billion yang mana cukup
untuk ‘membeli’ sebuah negara kecil. Jika kita melihat lebih jauh, kita
akan memahami kaitan antara konglomerat media ini dengan bagaimana
mereka membantu Amerika, atau lebih tepat, pihak Neo-Conservative, untuk
menguasai dunia.
Untuk itu, media asing sering mengabaikan isu sebenar tetapi gemar menyemarakkan isu panas untuk membakar isu-isu politik yang membawa agenda
tertentu di negara-negara sasaran. Modus Operandinya sama saja iaitu
jika mereka tidak mampu membuat rakyat negara itu percaya kepada mereka,
maka mereka akan mengelirukan fakta.
Kebanyakan kerajaan yang telah berjaya
dijatuhkan oleh pihak Neo-Con ini mendapati rakyat mereka tidak mampu
membezakan mana yang benar dan mana yang tidak, sehingga akhirnya
memilih untuk mempercayai penipuan media asing.
Satu rangkaian
berita mungkin tidak mampu menggerakkan satu kumpulan yang besar, tetapi
dengan beratus-ratus rangkaian dengan berjuta penonton dan pembaca di
seluruh dunia, media asing mampu membuat manusia percaya kepada berita
yang paling mengarut sekali pun. Ditambah lagi dengan pembikinan
filem, program TV dan juga muzik sebagai makanan sampingan minda, media
ini mampu membuat umat Islam dilihat sebagai pengganas, malah mampu
membuat umat Islam sendiri percaya bahawa Islam adalah berkenaan
keganasan.
Media asing ini kini secara bersepadu menyerang
Malaysia melalui modus operandi yang sama iaitu memanipulasi berita
mengenai MH370. Setiap hari mereka cuba membuatkan Malaysia kelihatan
lemah dan tidak berupaya. Mereka tidak menuding jari kepada teknologi
Satelit Amerika yang tidak berguna, atau aset negara itu yang ternyata
tidak secanggih mana tetapi sengaja menyalahkan kerajaan Malaysia yang
begitu merendah diri dan ikhlas hanya ingin mencari pesawat tersebut
secepat mungkin.
Mereka cuba melagakan China dengan Malaysia
serta rakyat dengan kerajaan. Di masa yang sama, mereka cuba
menggambarkan Malaysia sebagai berpotensi menjadi tempat melahirkan
pengganas. Kesemua gambaran buruk ini direka bagi menyediakan alasan
awal untuk campurtangan asing, apabila tiba masanya.
Jika ada
sesuatu yang positif dari apa yang berlaku pada MH370, maka ia telah
membantu mendedahkan permainan media asing ini, bersama dengan pemain
dan pemain simpanannya sekali gus.
Kita dapat melihat kini media
manakah atau politikus manakah atau parti politik manakah yang sedang
membantu pihak asing untuk menghancurkan kita. Melalui pendedahan ini,
diharap kita mampu menyelamatkan Malaysia iaitu dengan dengan mengkaji
maklumat yang diterima serta tidak mempercayai kesemuanya yang
disampaikan oleh media.
No comments:
Post a Comment