Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Tuesday, 22 April 2014

Cinta Facebook ; Wanita Di Tembak Mati!!

Seorang lelaki India menembak mati seorang wanita yang dikenalinya dan jatuh cinta selepas menjalinkan hubungan menerusi Facebook selama tiga tahun, sebelum menembak dirinya sendiri. 

 Vineet Singh, 22 bertemu Jyoti Kori, 45 seorang ibu mempunyai tiga anak melalui rangkaian sosial berkenaan sehingga membawa kepada bibit percintaan.




Pertemuan pertama mereka bagaimanapun bertukar menjadi tragik apabila Singh marah selepas menyedari bahawa Kori menipunya selama ini menerusi Facebook dengan mendakwa beliau berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin.

Insiden berlaku di Marble Rock Waterfall di Jabalpur, Madhya Pradesh. Singh menembak dirinya sendiri selepas melepaskan tembakan ke arah teman wanitanya itu. Lelaki terbabit mati di sebuah hospital tempatan.

Menurut polis, Singh berasal dari Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh dan tidak bekerja manakala Kori adalah seorang suri rumah tetapi adalah seorang pengguna Facebook. Vineet dalam keadaan berlumuran darah cuba mendapatkan bantuan daripada orang ramai di kawasan rekreasi terbabit.

Pesuruhjaya polis di Jabalpur, Harinarayanachari Mishra berkata, kedua mereka berhubungan sejak tiga tahun lalu. Suami Kori yang bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan dan tiga anak mereka termasuk anak perempuan sulung mereka berusia 21 tahun tidak tahu mengenai hubungan rahsia wanita itu.


Sepanjang perkenalan di laman sosial itu mereka tidak pernah bertukar gambar dan pertemuan Jumaat lalu adalah yang pertama bagi pasangan itu. -Agensi-bharian-

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts