Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 11 April 2014

Kuala Lumpur Terkini ; Foto Mayat Wanita Rentung Dalam BMW

Rentung

Seorang wanita ditemui rentung dalam sebuah kereta dalam kebakaran dua buah kenderaan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa, di sini awal pagi tadi.
Pengarah Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai perbuatan khianat di Kondominium Danau Murni itu melibatkan kereta jenis BMW dan Proton Iswara.
Katanya, wanita yang ditemui maut dalam kereta BMW itu dipercayai terperangkap dalam kenderaannya ketika kebakaran.
“Kami (bomba) menerima panggilan kecemasan pukul 5.56 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama-sama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke tempat kejadian. Kebakaran dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata polis sedang menyiasat identiti wanita itu.
“Kita sudah ada butiran pemilik kenderaan tapi masih belum dapat pastikan adakah mangsa adalah pemilik kereta itu,” katanya.
Katanya, pasukan forensik telah dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts