Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Friday 4 April 2014

Terkini : Punca Penculikan Rakyat China Di Pulau Singamata, Semporna!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bimbang penculikan warga China di Semporna, Sabah mungkin perbuatan pihak tertentu untuk melagakan Malaysia dengan China selepas kejadian kehilangan MH370.
Najib pada masa sama mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kes penculikan tersebut.
Dua wanita, masing-masing pelancong China dan seorang pekerja resort di Pulau Singamata, Semporna, dipercayai diculik sekumpulan lelaki 10.30 malam Rabu.
culik di semporna Terkini : Punca Penculikan Rakyat China Di Pulau Singamata, Semporna
Menurut saksi, mangsa dipercayai di culik sekumpulan enam lelaki. Ia disahkan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.
Beberapa kes culik sebelum ini dilaporkan berlaku di Sabah.
Antaranya kes penculikan pelancong berpotensi dari Taiwan di Pulau Pom Pom di Semporna, Sabah November tahun lalu.
Sabah mencatatkan kehadiran sejumlah 100 ribu pelancong antara September hingga November tahun lepas dengan 50 peratus daripadanya adalah dari Asia Timur.
Sementara itu, Kementerian Luar China memantau rapat perkembangan penculikan di Semporna melalui konsulatnya di Kuching, Sarawak.
Dalam pada itu, Malaysia bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan mangsa culik berkenaan.
Manila turut mengerah pasukan keselamatannya membantu Malaysia mengesan mangsa culik.

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts