Tingkatkan traffic anda di sini

Jana Pendapatan Di Sini

Wednesday, 2 April 2014

HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL. GILO KO




http://cikyanzone.blogspot.com/2014/03/rahsia-dalam-pesawat-yang-kita-tidak.html

Salam,  menjelang 1 April 2013, terdetik sy nak tulis entry ni, dalam kalender Masihi ada sambutan APRIL FOOL, Umat Islam terutama remaja sekarang tak faham atau buat-buat tak faham, syok sangat mengenakan kawan-kawan atau bahasa memperdajalkan kawan-kawan dengan gurauan melampau sedang hukumnya adalah HARAM dalam Islam,            Sambutan yang ini adalah HARAM disisi Islam.

Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah S.A.W memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi S.A.W turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/03/rahsia-dalam-pesawat-yang-kita-tidak.html

http://cikyanzone.blogspot.com/2014/03/rahsia-dalam-pesawat-yang-kita-tidak.html
 


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (Hari April Fool= 1 April) adalah dilarang kerana empat sebab:

1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan...

No comments:

Post a Comment

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini.Sila click iklan di bawah untuk menderma

KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER, JADUAL DAN KEPUTUSAN

Dari mana depa mai

Mau lihat ini juga

Recent Posts