Rahsia Dalam Pesawat Yang KIta Tidak Tahu
Sebuah laman web
viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta maklumbalas dari
juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi begini :-
“Kepada
semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah
rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki
pesawat,”
Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka.
Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.
TOPENG OKSIGEN
Jika
kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan
dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit
bekalan oksigen selepas ia mula digunakan.
Ia sebenarnya masa
yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras
ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.
Lebih
penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja
sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian
anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.
BEKALAN AIR DI TANDAS
Apa
sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia
juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan.
Kakitangan
penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu,
bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya dimusnahkan ketika proses pembersihan.
SEBAB LAMPU KABIN PESAWAT DIGELAPKAN KETIKA MENDARAT
Jika
pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit
lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah persediaan
sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya
masalah ketika mendarat.
Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.
PETIR DAN KUASA SEORANG JURUTERBANG
Sebuah
pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. Jika
seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang
juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan
bersama.
Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga
mempunyai hampir kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang,
mengenakan denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir
meninggal dunia.
MAKANAN UNTUK JURUTERBANG DAN TELEFON BIMBIT
Tahukah
anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan dan
mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan. Ia bagi mengelakkan berlaku
masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun.
Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya semua peralatan komunikasi
seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI akan duduk di
belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.
PENDARATAN YANG ‘KASAR’ KETIKA CUACA BURUK
Pasti
sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan agak kuat di
atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan kurang
mahir tetapi ia disengajakan.
Jika landasan dipenuhi air, pesawat
berkenaan perlu memecahkan lapisan air untuk mengelakkan ia tergelincir
atau ia dipanggil “aqu planing”.
PESAWAT BOLEH DITERBANGKAN TANPA ENJIN
Seorang
juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi,
sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap 5,000
kaki.
Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh
diterbangkan secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin. Itulah
sebabnya kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru
sahaja berlepas atau semasa mendarat
No comments:
Post a Comment