PUTRAJAYA - Dalam
kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV
luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di
sebuah hotel di sini hari ini.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya
hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda
yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar
bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.
10 Individu Terkaya Di Malaysia (2024)
-
Berdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes 2024, ini 10 senarai
kumpulan manusia paling kaya di Malaysia;
1. Tan Sri Robert Kuok
2. Tan...
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment