KUALA LUMPUR - Cuaca
buruk yang melanda selatan Lautan Hindi memaksa operasi pencarian MH370
yang memasuki hari ke-20 hari ini ditangguh sekali lagi.
Operasi hari ini yang bermula awal pagi melibatkan 11 pesawat dan lima
kapal, terpaksa ditangguh apabila keadaan cuaca semakin merosot
menjelang tengah hari.
"Semua pesawat kembali ke Perth dan kapal pula belayar meninggalkan
kawasan pencarian," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laman Twitternya.
Pagi ini, AMSA dalam satu kenyataan menyebut operasi hari ini dibahagi
kepada dua kawasan dalam zon pencarian yang sama meliputi keluasan
78,000 kilometer persegi.
Pada peringkat awal, operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines
itu yang membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan
sebelum diperluas ke kawasan daratan dan laut di barat Semenanjung
Malaysia termasuk Lautan Hindi, selepas penemuan menunjukkan pesawat
mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Berdasarkan kaedah analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menggunakan data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom
(AAIB), pesawat itu dirumuskan terbang di sepanjang koridor selatan dan
kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Bersandarkan maklumat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
10 Individu Terkaya Di Malaysia (2024)
-
Berdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes 2024, ini 10 senarai
kumpulan manusia paling kaya di Malaysia;
1. Tan Sri Robert Kuok
2. Tan...
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment